x

seismik

Warga Emas Lesap RM64K Dari Akaun Simpanan Lepas Isi Maklumat Dari Laman Web Palsu BNM

Menurut pihak polis, jumlah wang simpanan yang telah hilang dari akaun milik individu ini adalah sebanyak RM63,465.

Cover image via Google

Seorang perunding sebuah hospital di Kuantan dikatakan telah hilang wang simpanan hampir RM64,000 selepas berkongsi maklumat peribadi perbankan di laman web palsu milik Bank Negara Malaysia (BNM)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Free Design File

Menurut pihak polis, laman web palsu tersebut kononnya milik Bank Negara Malaysia (BNM) telah berjaya memperdaya mangsa untuk mengisi segala maklumat peribadinya sehingga menyebabkan kehilangan wang simpanan yang begitu banyak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 60 tahun itu mendakwa dia hanya menyedari kehilangan wang itu semalam, 13 April

Menurut laporan, mangsa telah berurusan dengan tiga lelaki yang kononnya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis selama dua hari sebelum menyedari bahawa wang simpanannya itu telah lesap.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh mangsa, dia menyatakan bahawa telah dihubungi suspek pertama pada Sabtu lalu, 11 April, yang telah memperkenalkan diri sebagai salah seorang pegawai SPRM Putrajaya bagi menyiasat kegagalan mangsa untuk membayar cukai pendapatan sebuah syarikat perabot yang kononnya didaftarkan atas nama mangsa.

Namun, mangsa menegaskan bahawa dia tidak pernah membuka syarikat dikatakan beralamat di Perak.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga suspek menggunakan cara yang lebih 'licik' untuk memperdaya mangsa.

Suspek pertama telah memindahkan talian kepada suspek kedua yang telah memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis berpangkat sarjan.

Suspek kedua pula mendakwa nama mangsa dikaitkan dengan kes dadah yang kononnya siasatan dilakukan oleh pegawai polis bergelar Datuk dan menyebabkan talian tersebut disambungkan kepada suspek terakhir.

Mohd Wazir berkata mangsa yang mendakwa keliru dengan dakwaan tersebut telah dinasihatkan oleh ‘Datuk’ itu untuk membuka pautan ke laman web yang dikatakan milik BNM dan mengisi maklumat seperti diminta kononnya atas tujuan siasatan.

Mangsa seterusnya telah memasukkan semua maklumat peribadi berkaitan dua akaun bank yang dimiliki dan telah membuat semakan baki secara online petang semalam, 13 April

Gambar sekadar hiasan.

Image via History Associates

Mangsa turut memberitahu telah melihat beberapa transaksi pemindahan wang yang tidak dilakukannya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hati-hati semua!