seismik

Ini Antara Jenama Tudung Yang Perlu Ada Untuk Tambah Koleksi Wardrobe Anda. Cantik!

Kain memang selesa dan terletak.

Cover image via @byaqla (Instagram) , @tudungpeople (Instagram) , @ainmahazis (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wanita yang berhijab sudah pasti banyak koleksi tudung mereka

Kalau boleh setiap warna dan design memang nak ada satu. Iyalah, boleh buat tukar-tukar dan matching dengan baju yang ada betul tak? Takdalah pakai tudung yang sama saja. Mungkin ada juga sesetengah wanita membeli tudung warna yang sama tetapi design dan material yang berlainan.

Nak tahu koleksi tudung apa saja yang best di Malaysia? Jom usha di bawah!

1. Bawal Exclusive

Penggemar tudung bawal, tudung bawal daripada Bawal Exclusive memang must have. Kainnya yang lembut dan senang dibentuk memang menjadi pujaan ramai. Banyak juga warna yang ada di pasaran, anda tinggal pilih saja warna kegemaran!

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

2. Tudung People

Tudung People terkenal dengan pelbagai jenis shawl dan bawal yang bercorak. Printed shawl ini mempunyai pelbagai corak dan warna. Kain juga sangat selesa dan sejuk. Ada satu ketika, tudung mereka pernah viral disebabkan bahan yang digunakan adalah daripada bahan semula jadi. Memang kreatif!

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

3. Tudung Ruffle

Tudung favourite semua wanita di luar sana, sudah tentulah tudung sulam yang kemas dan cantik. Selain menawarkan shawl dan tudung berkain satin, Tudung Ruffle juga mengeluarkan shawl sulam edisi baru. Tunggu apa lagi? Jom grab!

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

4. Al Humaira

Jenama ini sudah tidak asing lagi bagi kaum wanita. Banyak corak yang cantik-cantik belaka. Warna tudung yang plain juga sangat unik dan senang untuk match dengan baju. Yang paling best, packaging mereka memang sangat compact dan cantik. Senang nak beri hadiah untuk yang tersayang!

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

5. Galeri Ariani

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

Kualiti tudung mereka yang terjamin memang membuatkan ramai repurchase lagi. Corak tudung yang minimalis memang sangat sesuai dan senang digayakan dengan baju. Haa, kalau anda tak ada lagi, boleh beli satu untuk koleksi! 

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

6. byaqla

Kalau anda sukakan tudung berwarna pastel, ini jawapannya! Banyak warna pastel seperti baby blue, kuning, merah jambu dan lain-lain. Edisi terbaru mereka mengeluarkan shawl sulam yang hadir dengan pelbagai warna. 

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

7. alja.couture

Bagi penggemar tudung sarung, Alja Couture menawarkan tudung jenis cotton yang sangat selesa. Confirm anda akan jatuh hati dengan tudung mereka. Tunggu apa lagi? Jom beli! 

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

8. ayeeda.kl

Tudung edisi terbaru mereka merupakan tudung Mariposa yang mempunyai corak bunga dan kupu-kupu. Sesiapa yang pakai, tentu kelihatan sangat fun dan ceria! Hadir dengan pelbagai warna yang soft. 

Klik sini untuk info lebih lanjut. 

Semua nampak cantik kan? Jom shopping! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: