Isteri Membebel Suami Asyik Guna 'Botol Air' Sama, Tapi Di Akhir Video Lain Pula Yang Jadi
Tak sangka pula ending dia macam tu.
Apabila sudah berumah tangga, tanggungjawab yang dipikul kini lebih besar daripada sewaktu zaman bujang
Namun, pasti tabiat lama sewaktu bujang kadang kala akan terbawa dalam kehidupan seharian walaupun sudah berkahwin bukan?
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita merasa geram dengan suaminya kerana masih berdegil menggunakan botol mineral yang sama walaupun dia telah membelikan tumbler khas untuk si suami.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah beli botol baru untuk suami bawa pergi kerja, tapi tetap guna botol yang sama
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang membebel di depan sebuah peti ais selepas dia melihat suaminya tetap menggunakan botol yang sama walaupun dia sudah membeli botol baru.
Si suami masih memilih menggunakan botol mineral plastik yang sama daripada menggunakan tumbler diberikan oleh isterinya yang lebih berkualiti dan elok.
Malah, si suami juga siap menulis namanya pada botol mineral tersebut agar tidak hilang atau tertukar dengan orang lain.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja si isteri membebel, dia kemudian meletakkan semula botol mineral itu dalam peti ais dan secara tiba-tiba compartment di pintu peti ais itu roboh.
"Hahaha, Tuhan bayar cash sebab bebel dekat laki" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video tersebut.
Malah, ada yang berpendapat mungkin peti ais itu telah memberikan hint agar menukarnya kepada yang baru. Ada juga yang berpendapat mungkin Tuhan membayar cash kepada wanita itu kerana membebel kepada suaminya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 112K likes, 1,961 comments dan 2,118 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: