seismik

'Kami Ditindas Dan Diugut' - Riders Foodpanda Tak Puas Hati Skim Pembayaran Baru Tak Adil

Mogok itu bertujuan menghantar "mesej jelas" kepada pengurusan Foodpanda.

Cover image via Twitter @AlifShazwxn Twitter @akhdgaf

Tindakan Foodpanda memperkenal skim pembayaran baru kepada riders mereka sejak Selasa lalu mendapat cemuhan yang hebat

Dalam skim baru yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 2019 itu, bayaran mengikut jam dimansuhkan bagi penghantar makanan di luar Lembah Klang, tetapi pada masa yang sama bayaran setiap pesanan dinaikkan kepada antara RM4.50 hingga RM7.

Ia berbeza dengan sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam, dan mendapat bayaran tambahan bagi setiap pesanan di antara RM3 hingga RM5 berdasarkan prestasi penghantar.

Rentetan daripada itu, ratusan riders Foodpanda melancarkan mogok sebagai tanda bantahan

Ratusan penghantar makanan Foodpanda menyertai mogok di serata negara termasuk di Johor, Melaka, Kota Kinabalu, dan Kuala Lumpur.

Mogok itu bertujuan menghantar "mesej jelas" kepada pengurusan Foodpanda bahawa mereka membantah skim baru tersebut yang dianggap tidak adil.

Bukan sahaja pendapatan terjejas, malah mereka dilapor menerima ugutan dari pihak atasan syarikat tersebut

Sumber mengatakan bahawa pihak pengurusan Foodpanda mengugut memecat mereka jika menyertai mogok bantahan.

Antara isu lain yang dibangkitkan adalah pihak Foodpanda didakwa tidak berbincang dengan penghantar makanan sebelum melaksanakan sistem baru; wakil Foodpanda tidak mengendahkan kebajikan dan aduan; dan pendapatan berkurangan sehingga RM500 hingga RM600.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das berkata perubahan itu dilakukan atas beberapa sebab

Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das

Image via Tech In Asia

Menurutnya, perubahan itu untuk membolehkan penghantar makanan yang mahu bekerja lebih mendapat kuantiti penghantaran tinggi justeru mendapat lebih pendapatan

Selain itu penghantar juga mendapat bayaran lain antaranya bonus RM100 jika bekerja selama 60 jam seminggu.

Isu ini begitu serius sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang ingin membawanya ke Parlimen

Image via Berita Harian

“Perlu ada sistem undang-undang yang menjaga mereka. Ini kerana syarikat terbabit mengawal hampir 90 peratus pasaran penghantaran makanan menyebabkannya memonopoli sehingga wujud unsur penindasan.

“Mereka bertanggungjawab ke atas pekerja dan pelanggan mereka, selain boleh dihukum oleh pihak sama sekiranya tidak berlaku adil," kata Syed Saddiq.


Semoga nasib riders Foodpanda terbela

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Juga di Seismik:

Leave a comment