seismik

Auntie Anne's Masih Tak Dapat Sijil Halal Sebab Ada 'Dog' Pada Menu

Dog = Anjing?

Cover image via SAYS

Untuk makluman, pengeluar pretzel terbesar Malaysia, Auntie Anne's telah pun bertapak di negara ini selama 20 tahun sejak 1996

Dan sehingga Jun 2016, Auntie Anne's mempunyai 45 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia (kecuali KLIA 2) dengan kira-kira 200 pekerja, dan menghidang sejumlah 2 juta pretzel dalam masa setahun.

Namun begitu, walaupun sudah 20 tahun beroperasi, Auntie Anne's masih lagi belum memperoleh sijil Halal daripada JAKIM

Isu Halal sememangnya sesuatu yang perlu dititikberatkan bagi mana-mana pengusaha restoran atau pembekal makanan/minuman di Malaysia. Disebabkan 70% penduduk adalah beragama Islam, pengesahan Halal oleh JAKIM dianggap begitu penting sekali.

Ini bertujuan bagi mengelakkan kekeliruan dan keraguan dikalangan pengguna umat Islam yang ingin mendapatkan sesuatu produk.

Jadi, kenapa Auntie Anne's masih belum memperoleh sijil Halal? Seorang pengguna FB, Farhatul Kamilah merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia tampil memberi penerangan.

Menurut Farhatul, permohonan Halal Auntie Anne's sebelum ini telah ditolak JAKIM atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:

1. JAKIM meminta Auntie Anne's untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu di mana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2. Sijil halal telah dipohon bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta untuk mengasingkan permohonan mengikut zon bagi memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3. Nama menu ‘Pretzel Dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Pihak Auntie Anne's telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah mendapat keputusannya nanti, Auntie Anne's harus menukar kesemua menuboard di seluruh cawangan sebelum proceed kepada permohonan baru.

Image via Vivian C.

Pretzel Dog.

Image via Munchpunch

Tambahnya lagi, Auntie Anne's sentiasa bertungkus lumus untuk ke arah Halal. Kini, mereka telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne’s BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya :)

Dalam pada itu, beliau juga menasihati orang ramai agar tidak membeli sebarang produk dari Auntie Anne's jika berasa was-was. Sebaliknya, tunggulah sehingga mereka mendapat sijil Halal yang sah.

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne’s sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya :)

Ikhlas,
Anak dara Makcik Anne


Baca status penuh di sini.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap tentang makanan Halal, apa kata anda download aplikasi ini. Segala makanan/minuman yang tersenarai dijamin Halal!

Browser Halal pun dah ada sekarang. ;)

You may be interested in: