seismik

Baca Itinerari Penuh 4H3M 3 Sahabat Ini Ke 'Negeri Laskar Pelangi' Di Belitung, Indonesia!

Laskar pelangi, takkan terikat waktu...

Cover image via Twitter @azamahayat

Mesti ramai di antara kita pernah mendengar lagu Laskar Pelangi nyanyian kumpulan Indonesia, Nidji

Tahu bukan lagu itu sebenarnya adalah soundtrack bagi filem yang juga merupakan adaptasi novel bestseller Indonesia berjudul Laskar Pelangi?

Image via Google

Novel dan filem tersebut mengisahkan sekumpulan 10 orang kanak-kanak yang tabah menuntut ilmu di sebuah sekolah usang di kawasan pedalaman di Belitung, Sumatera, sekitar tahun 1970-an.

Image via Wow Keren

Menerusi filem itu, dapat dilihat keindahan serta kecantikan pulau kecil itu. Pulau kecil ini memiliki deretan pantai yang berpasir putih dan berair jernih. Di pinggir-pinggir pantai, terdapat banyak batu-batu granit yang tersusun menghiasi pinggir pantai.

Bahkan, di situ juga terdapat banyak kolam-kolam kecil dan tasik berwarna turquoise menghiasi pulau yang dikenali sebagai Negeri Laskar Pelangi itu.

Baru-baru ini seorang lelaki telah berkongsikan pengalamannya bercuti selama 4 hari 3 malam di Negeri Laskar Pelangi itu

Menerusi laman Twitter, Azam Ahayat telah berkongsikan itinerari penuh dia bersama dua orang rakan di Belitung, Indonesia.

Dalam rangkaian tweet-nya, Azam turut menyertakan sekali jumlah perbelanjaan yang digunakan mereka sepanjang berada di sana.

Lihat itinerari tersebut di bawah:

Azam turut berkongsikan beberapa video sepanjang penjelajahan dia di situ dan memuat naik video-video tersebut di laman Twitter miliknya, @azamahayat.


LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel trip percutian di SAYS Seismik:

You may be interested in: