seismik

"Jatuh Air Mata" - Ibu Kongsi Rasa Sebak Lihat Anak Bawa Anugerah Cemerlang Ke Pusara Ayah

Memang mengalir air mata tengok.

Cover image via @arysu87 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

Ayat di atas pasti akan menjadi ingatan buat kita semua kerana kematian itu boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang budak lelaki berkongsi kegembiraannya di pusara si ayah telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@arysu87

allahhuakbar..jtuh air mate ibu..bile ank yg rapat n manje gn ayh,dtg bwa anugerah cmerlang dpusara.nk cerita kt arwah ayh.

Ayah - Laoneis

Berlari ke pusara ayah nak tunjuk keputusan cemerlang

Menerusi video tersebut, seorang ibu berkongsi rasa sedihnya apabila melihat situasi anak lelakinya lakukan semasa berada di pusara ayahnya.

Difahamkan, anaknya itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan mahu berkongsi kegembiraan itu bersama arwah ayahnya.

Apa yang lebih menyentuh hati adalah anaknya itu siap berlari dan membawa keputusan itu bersamanya ketika menziarahi pusara si ayah. Malah, menurut ibunya, anak lelakinya itu memang rapat dengan arwah ayahnya.

"Tahniah adik, awak dah banggakan arwah ayah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka dan memberikan kata-kata positif kepadanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 644.1K views, 75.6K likes dan 2,168 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tersentuh betul tengok, ayah awak mesti bangga sangat dengan awak :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: