seismik

[VIDEO] Tak Dapat 'Geran' Nikah Lagi, Mak Pengantin Usik Bagi Warning Jangan Duduk Dekat

Sabar ya, tak lama lagi dapatlah tu.

Cover image via @zarulkacak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sekarang ramai yang kita boleh lihat telah melangsungkan majlis pertunangan dan pernikahan mereka dengan pasangan masing-masing

Sudah tentu, saat itu adalah paling dinantikan selepas membuat perancangan yang lama. Tambahan pula dengan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Namun, lain pula dengan video ini apabila pasangan pengantin ini ditegur untuk tidak duduk terlalu dekat kerana masih belum bernikah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zarulkacak alolo manja kali mama bakal pengantin, marah pun nampak cute, selamat bertunang @madnasir8 @hleezaismail #zarulkacak #pengantin Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak

Mak pengantin duduk tengah-tengah tak nak bagi terlalu rapat

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu sedang berlangsung majlis pertunangan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Namun, semasa pasangan itu asyik melakukan photoshoot mereka, tiba-tiba datang mak pengantin perempuan yang mengeur secara baik untuk tidak duduk terlalu dekat kerana mereka masih belum bernikah.

Situasi itu membuatkan pasangan tersebut tergelak kecil dan menjemputnya untuk duduk ditengah-tengah bagi bergambar sama.

"Ala comelnya mak dia, nanti dah jadi menantu mesti best" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji kecomelan ibu pengantin tersebut dan juga pasangan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 199.9K views, 15.3K likes dan 95 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa-apa pun tahniah buat pasangan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: