“Jom Healing” - 7 Port Glamping Menarik Untuk Tenangkan Fikiran & Ribut Jiwa
Say yeay untuk glamping!
Bila ada aktiviti bersama keluarga mahupun dengan rakan-rakan, hotel view yang cantik mesti ada dalam list vacation. Betul tak?
Tetapi baru-baru ini, hotel view yang cantik kemungkinan menjadi tempat kedua. Lebih-lebih lagi, yang ingin melancong di tempat back to nature. Mesti lagi tertarik dengan aktiviti glamping.
Apa itu glamping? Konsep glamping ini adalah gabungan perkataan 'glamour' dan 'camping'. Glamping menjadi lebih menarik disebabkan konsepnya yang dihiasi lampu ditambah pula khemah yang seakan-akan glamour membuatkan aktiviti glamping semakin popular.
Nak tahu tempat glamping mana yang best? Jom kita tengok, tempat glamping yang menarik untuk anda spend time!
1. River & Glamp, Batu Caves Selangor
Bila dah hujung tahun, mesti company atau keluarga anda ingin buat team building atau family day bukan? Jadi, anda boleh cadangkan kepada mereka glamping River & Glamp ini. Selain daripada persekitaran yang nyaman dan pemandangan yang cantik, tempat ini sangat sesuai untuk adakan aktiviti secara berkumpulan. Jadi sesuailah untuk anda berglamping di sini dengan keluarga dan rakan-rakan anda.
Alamat: Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor
2. Glow Glamping @ Wetland, Putrajaya
Inginkan aktiviti glamping yang siap dengan package permainan badminton, archery, board game dan sebagainya? Anda boleh menikmati aktiviti tersebut dengan menginap di Glow Glamping @ Wetland Putrajaya. Malah, bukan aktiviti itu sahaja yang disediakan. Hiburan malam seperti karaoke, pertunjukan api dan BBQ juga ada di sini. Bolehlah bawa keluarga dan pasangan anda untuk menginap di sini!
Alamat: Presint 13, 62300 Putrajaya
3. Hibiscus Sedim, Kedah
Nak camping di Kedah? Hibiscus Sedim boleh jadi pilihan pertama anda. Mereka bukan hanya menyediakan chalet tetapi mereka juga menyediakan glamping dengan beberapa khemah yang dihiasi lampu-lampu yang menarik. Malah, anda juga boleh melihat keindahan sungai dan dapat menghirup udara yang segar di Kedah.
Alamat: Lubuk Buluh, Sungai, 09700 Karangan, Kedah
4. Gopeng Glamping Park, Perak
Gopeng Glamping Park terletak bersempadan dengan Kampung Chulek. Bagi anda yang inginkan suasana kampung yang segar dan nyaman, glamping sites ini amat sesuai untuk anda. Difahamkan, perjalanan dari Kuala Lumpur hanya akan mengambil masa 2 jam sahaja. Dekat bukan? Bolehlah staycation sehari dua sini untuk sesiapa yang ingin lari dari kesibukan di kotaraya.
Alamat: 0846, Jalan Besar Kampung Chulek, 31600, Gopeng, Perak, Malaysia
5. The Backyard Glamping, Cameron Highlands
Perasan tak di Cameron Highland semakin banyak tarikan baru untuk pelancong? Baru-baru ini, The Backyard Glamping menjadi daya tarikan baru di sana. Iyalah, pergi ke Cameron pasti cari hotel ataupun homestay. Jikalau anda inginkan kelainan, anda boleh lah tukar angin dan cuba menginap di glamour camping ini!
Alamat: Jalan Taman sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang6. The Baruh Glamping, Melaka
Pada awalnya hanya sebuah inap desa bertukar konsep ke glamping. The Baruh Glamping kini menjadi daya tarikan di Melaka. Glamping ini juga berkonsepkan keindahan semula jadi. Ia terletak berhampiran Pantai Puteri yang hanya 30 minit sahaja dari luar Bandar Melaka. Bukan sekadar glampingnya yang menghadap laut tetapi bagi sesiapa yang inginkan aktiviti laut, tempat ini sangat sesuai untuk anda!
Alamat: 76400 Tanjung Kling, Malacca7. Sea Horizon Resort, Kota Tinggi Johor
Sea Horizon Resort Glamping, tempat yang sesuai untuk anda yang inginkan mood 'healing'. Glamping di sini dibina di atas tebing yang menghadap ke pemandangan Laut China Selatan. Seni binanya yang unik dan pemandangan yang memukau dapat menarik perhatian anda. Glamping di sini juga sesuai untuk pasangan yang inginkan private honeymoon kerana persekitarannya nyaman dan tenang.
Alamat: Sea Horizon Resort (Tanjung Sutera Resort), Lot 901, Kuala Sedili Besar, 81900 Kota Tinggi, Johor
Wah, bestnya boleh buat tempat untuk healing juga ni! Semoga perkongsian kali ini dapat memberi idea percutian untuk anda :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!