seismik

Jom Heboh Di Rumah Akan Lebih ‘Happening’ Dengan McDelivery. Ada Promo Kod Lagi Tau!

Syok!

Cover image via Google

Tak syoknya tengok TV kalau tak ada benda nak makan!

Image via Imgur

Siapa macam ini? Setiap kali nak layan persembahan artis mesti kena ada benda nak dikunyah. Kalau tidak, mesti rasa tak best dan tak boleh fokus pada rancangan yang ditonton. Betul?

Sebab itu kami ingin kongsikan buat anda semua - sempena Karnival Jom Heboh di Rumah hujung minggu ini, kalau anda memesan makanan menggunakan khidmat McDelivery, anda boleh dapat lebih penjimatan dan ini pastinya akan membuatkan anda lebih puas bila menikmati hidangan McD bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan.

Enjoy Jom Heboh di Rumah dengan McDelivery!

Image via McDelivery

Karnival Jom Heboh memang terkenal sebagai acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan kerana menampilkan ramai artis dan pengacara terkenal. Namun tahun ini, banyak aktiviti hiburan berbentuk fizikal yang melibatkan ramai terpaksa dihadkan kerana mematuhi aturan norma baharu.

Tidak mahu peminat setia Jom Heboh bersedih, TV3 kini tampil dengan Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery di mana persembahan dan pelbagai aktiviti akan diadakan secara virtual. Ini pastinya memberikan penonton pengalaman berhibur dengan gaya baru.

Paling menarik, sepanjang 2 hari Jom Heboh di Rumah, bila anda memesan makanan melalui McDelivery, anda boleh menikmati lebih banyak penjimatan dan boleh dapat Chicken McNuggets percuma lagi!

Nikmati hidangan enak McDonald's dengan nilai hebat!

Image via McDonalds

Tengah syok layan Jom Heboh di Rumah, kalau anda rasa malas nak keluar beli makanan, tak perlu risau lagi! Biar abang McDelivery hantar pesanan makanan anda.

Menerusi pembelian secara McDelivery, anda boleh dapat banyak penjimatan. Nak lebih kenikmatan dan kepuasan, anda boleh pesan Set Kombo atau Set Nilai Hebat. Nak makan dengan kawan-kawan atau famili pula, anda boleh pesan Set Famili. Gerenti puas makan!

Untuk pesanan, anda boleh muat turun aplikasi McDelivery atau layari terus laman sesawang McDelivery. Sebelum nak check out jangan lupa letak kod promo “JHMCD” dan anda akan dapat 6 ketul Chicken McNuggets secara PERCUMA. Berbaloi betul!

Promosi ini adalah untuk waktu yang terhad sahaja bermula 29-30 Ogos 2020. Jangan terlepas!

Kemeriahan luar biasa Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery!

Image via Jom Heboh

Bakal bersiaran selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos ini di TV9, Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery akan membawakan pelbagai aktiviti menarik dengan pelbagai tawaran hebat secara virtual menerusi kaca televisyen. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air.

Antara selebriti yang akan membuat penampilan antaranya Wany Hasrita, Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Nazim Othman, Amelia Henderson, Riena Diana, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.

Kongsi gambar dan menang!

Image via Google

Bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi wang tunai dan baucar tunai bernilai RM20,000 daripada McDonald’s dengan berkongsi gambar kemeriahan anda sambil menikmati hidangan McDonald’s di rumah. Ikut langkah-langkah di bawah ini:

Langkah 1 : Ambil gambar.
Langkah 2 : Sertakan kapsyen kreatif tidak melebihi 30 patah perkataan.
Langkah 3 : Muat naik di Instagram beserta #JHDRbersamaMcDelivery #MerdekabersamaMcDelivery
Langkah 4: Pastikan akaun Instagram bukan dalam mod privasi.

Pertandingan ni dah bermula dari 25 Ogos dan berakhir 30 Ogos, jam 6 petang. Keputusan pula akan diumumkan pada 30 Ogos, Ahad, jam 10.50 malam di TV9 dan 11.40 malam di TV3. Good luck guys!

Apa pun jangan lupa save the date untuk Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery. Inilah masanya untuk anda menikmati semua hidangan kegemaran di McD pada harga penjimatan.

Semua promo adalah tertakluk pada terma dan syarat dan untuk nikmati promo nugget percuma, anda perlu berbelanja minimum RM18 dengan servis penghantaran RM5. Untuk lebih maklumat lanjut, klik sini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Wah, McDonald's Kuala Pilah pun dah dapat papan tanda 'Mekdi' :D

You may be interested in: