seismik

Kalau Cakap Tak Sayang Juga Tak Tahulah - Alif Satar Respon Dengan Lagu Sweet Untuk Isteri

Baik punya respon.

Cover image via Instagram @shadilahalid

Semalam, nama Alif Satar turut sama terpalit dalam kontroversi kes curang Aliff Aziz ke atas isterinya Bella Astillah

Bak kata orang, "Kerana seketul Alif, rosak Alif sebelanga."

Alif Satar yang tidak ada kena mengena langsung dengan kes tersebut telah menjadi mangsa "serangan" siber oleh netizen di akaun Instagram miliknya. Bahkan, namanya turut trending nombor 3 di Twitter semalam setelah kes curang terbabit meletus di media sosial.

Image via SEISMIK

Foto terbaru Alif Satar tak semena-mena dibanjiri dengan komen netizen tentang kes curang Aliff Aziz

Aduhai, sabo jelah.

Beliau yang mendiamkan diri sejak semalam akhirnya memberi satu respon yang menarik pada pagi tadi di Instagram, beserta caption yang lucu

Menerusi posting terbaru, Alif Satar memuat naik video sedutan cover lagu John Mayer berjudul 'Your Body Is Wonderland' yang pernah popular pada era 2000-an nyanyian dirinya sendiri.

Bahagian caption-nya tertulis:

"nah.. ni ALIF SATAR belanja lagu cover lebih kali ni. kalau cakap tak sayang juga tak tahu la. p/s korang pernah tak kena petik nama? padahal aku takda kena mengena dalam ini cerita!"

Netizen ternyata terhibur dengan caption tersebut, pada masa yang sama memuji nyanyian merdu Alif Satar

Nah, anda boleh dengar sendiri cover Alif Satar DI SINI:

Terbaik Alif Satar. Semoga hubungan bersama isteri tercinta berkekalan hingga ke akhir hayat. :)

View this post on Instagram

back home with

A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment