seismik

"Kalau Cikgu Betul, Homework Double. Deal?" - Guru Menang Taruhan Juara AJL34 Dengan Murid

Apabila ditanya oleh seorang muridnya, tanpa sebarang rasa ragu, Syafaat menyatakan Naim Daniel akan memenangi pertandingan itu.

Cover image via Berita Harian

Umum mengetahui bahawa Naim Daniel telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-34 (#AJL34) yang berlangsung dua hari lepas, 9 Februari 2020

Image via Berita Harian

Pertaruhan Naim Daniel membawakan lagu hit Sumpah ternyata berhasil apabila dinobat sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 bersama trofi dan juga hadiah lain.

Kemenangan Naim Daniel ini nampaknya tidak menerima sebarang kritikan hebat kerana ramai sudah menjangka bahawa lagu Sumpah mempunyai potensi besar untuk bergelar juara sebelum #AJL34 berlangsung.

Menariknya, baru-baru ini seorang guru telah berkongsikan bagaimana dia telah membuat taruhan tentang juara AJL34 bersama anak muridnya sebelum acara berprestij itu berlangsung

Menerusi laman Twitter-nya, guru tersebut yang bernama Syafaat Nasir telah berkongsian perbualan bersama anak murid yang menanyakan kepadanya siapa yang dia rasa bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-34.

Tanpa sebarang rasa ragu, Syafaat menyatakan Naim Daniel akan memenangi pertandingan itu. 

Susulan daripada itu, anak muridnya terus membuat 'taruhan' di mana sekiranya apa yang diramalkan Syafaat salah, dia tidak akan memberi sebarang kerja sekolah kepada anak-anak muridnya pada minggu hadapan.

Syafaat yang ingin turut sama menyertai 'taruhan' itu berkata sekiranya ramalannya tepat, maka kerja sekolah ada digenapkan kepada dua kali ganda, yang ternyata dia menang 'taruhan' tersebut!

Ternyata ramai warganet yang terhibur dengan gelagat guru ini dengan anak muridnya itu

Mereka telah tahu perkembangan dan update di antara dia dengan anak-anak muridnya di samping tertanya-tanya tentang bebanan yang akan dihadapi kanak-kanak itu.

Walau bagaimanapun, Syafaat yang kini sibuk dengan kerja lain tidak sempat bertemu dengan anak-anak muridnya lagi. Dia berkata 'double homework' itu akan berlangsung selepas dia selesai dengan kerjanya itu.

Bukan itu sahaja, Syafaat sempat berseloroh meminta penyanyi, Naim Daniel, untuk bertanggungjawab di atas bebanan yang akan dihadapi anak-anak muridnya.

Menjenguk di ruangan reply pada tweet berkenaan, ternyata ramai warganet yang menunjukkan reaksi mereka yang boleh tahan lucu

Selain terhibur dengan gelagat guru ini dengan anak-anak muridnya, ada juga yang menyakat ingin riak wajah murid-murid itu dirakam tatkala membuat homework.

Antara komen menarik di laman Twitter:

Seorang warganet yang bekerja sebagai guru ini juga telah berkongsikan pengalamannya yang mirip seperti Syafaat.

Habis terciduk murid-murid ini dapat double homework!

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Diva AA pun terciduk dengan penangan Naim Daniel ini!

You may be interested in: