seismik

Kanak-Kanak Perempuan Berusia Dua Tahun Disahkan Positif Covid-19

Dia telah disahkan positif selepas menjalani ujian saringan petang semalam, 4 Jun.

Cover image via Khaleej Times

Hari ini, 5 Jun, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah disahkan positif Covid-19 selepas disaring petang semalam

Gambar sekadar hiasan.

Image via CodeBlue

Menurut laporan, kanak-kanak perempuan itu merupakan antara dua rakyat tempatan di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, Kuala Langat yang telah disahkan positif wabak tersebut.

Manakala, seorang lagi pesakit adalah melibatkan seorang wanita berusia 22 tahun yang telah menjalani ujian saringan pada petang semalam, 4 Jun.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman menjelaskan bahawa kedua-dua pesakit sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) bagi mendapatkan rawatan lanjut

Azizan turut memberitahu bahawa kawasan perumahan itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran sejak kelmarin sehingga 16 Jun. Ia susulan 20 pekerja pembersihan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) positif penyakit itu pada 28 Mei lalu.

Tambahan pula, kira-kira 4,000 orang penduduk sudah menjalani ujian saringan Covid-19 dan baki 5,000 orang lagi mungkin selesai diuji sehingga hujung minggu ini.

Sepatutnya proses ujian saringan selesai hari ini tetapi tempoh terpaksa dilanjutkan kerana ramai penduduk masih belum disaring."
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik: