seismik

Kantoi Curi Rakam Video Dalam Cinema Demi Content TikTok, Wanita Ini Undang Kecaman Ramai

Tak rasa serba salah ke?

Cover image via @4hmadsyaf1q92 (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kesalahan merakam ketika menonton pawagam merupakan satu aktiviti jenayah

Sebelum menonton filem, kebiasaannya pihak cinema akan memberitahu berkenaan larangan merakam ketika menonton wayang kepada para penonton.

Tular baru-baru ini di Twitter berkenaan dua orang perempuan yang kantoi merakam beberapa klip di pawagam telah mengundang kecaman netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Play victim lepas kantoi rakam senyap-senyap demi content di TikTok

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh @4hmadsyaf1q92 di Twitternya, rakannya yang merupakan seorang pekerja di pawagam berjaya menyergah dua orang wanita ketika menonton filem Eva (2023).

Selepas kantoi, wanita itu dilihat terkejut dan mempertahankan haknya untuk merakam kerana dia telah membayar duit tiket.

Pekerja itu juga turut meminta dia memadamkan klip tersebut kerana perkara itu melanggar undang-undang ketika berada di dalam panggung wayang.

Lihat video lain di bawah:

"Tolong la take action orang macam ni. Aku nak buat story time sebelum movie start pun dah seriau" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 187.7K views, 1.9K retweet dan 1.7K likes, rata-rata netizen turut berkongsi rasa marah dengan tindakan dua wanita itu di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Twitter:

Min kalau nak buat story IG pun fikir 10 kali, berani pula dia rakam banyak-banyak macam tu :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: