seismik

Kardinal Anjur Rumah Terbuka 'lllumiRaya' Sempena Hari Raya Aidilfitri

Kardinal turut melancarkan 'Raya Discovery Pack' untuk Lumina di IllumiRaya.

Cover image via Kardinal

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, syarikat berjenama tempatan, Kardinal baru-baru ini telah menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Boathouse by the Lake, Ampang

Bertemakan 'IllumiRaya' bagi meraikan kreativiti dan ekspresi, ia merupakan insiatif jenama tempatan bagi industri tembakau alternatif itu yang mempunyai ramai peminatnya tersendiri.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan-persembahan hebat daripada lagenda rock tanah air Amy Search, penyanyi Pop Lunadira, kumpulan rock indie terkenal Midnight Fusic serta duo hip-hop GARD WUZGUT.

Bukan sahaja itu, selain boleh menikmati bufet makanan Melayu dengan keindahan dekorasi bertemakan cahaya imersif rekaan produksi Seni Lab, tetamu juga dapat menyaksikan lukisan mural secara langsung oleh artis jalanan, Fritilldea.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan hebat daripada lagenda rock tanah air Amy Search.

Image via Kardinal

Tetamu juga dapat menyaksikan lukisan mural secara langsung oleh artis jalanan, Fritilldea.

Image via Kardinal

Bukan sekadar sebuah jenama alternatif berhenti merokok untuk rakyat Malaysia

Pengarah Operasi Kardinal (M) Sdn. Bhd, Erwin Teow turut menjelaskan matlamat utama mereka adalah untuk membantu rakyat Malaysia berhenti merokok.

“Kami berharap IllumiRaya meninggalkan kesan yang berkekalan pada orang ramai. Matlamat kami tetap membantu rakyat Malaysia berhenti merokok, tetapi brand experience Kardinal adalah lebih dari itu,”
kongsinya.

Jelasnya lagi, bagi menyinari komuniti kreatif lokal, Kardinal turut memberi sokongan terhadap seni, muzik serta teknologi baharu dan banyak lagi.

“Kami menyokong seni, muzik, teknologi baharu, dan banyak lagi-kami ingin menyinari komuniti kreatif lokal,” ujarnya.

Pengarah Operasi Kardinal (M) Sdn. Bhd, Erwin Teow

Image via Kardinal

Raya Discovery Pack untuk Lumina di IllumiRaya.

Image via Kardinal

Dalam pada itu, eksklusif sempena musim Raya, Kardinal telah melancarkan Raya Discovery Pack untuk Lumina di IllumiRaya.

Dengan komponen AR yang menarik, pek tersbut sangat sesuai untuk merakam pengalaman para peminat dengan produk Kardinal di media sosial.

Pek terhad ini terdiri daripada satu peranti Lumina (Moss Green) dan 10 KSpods yang dipilih khas untuk musim Raya. Paling menarik, setiap para hadirin IllumiRaya diberikan pek berkenaan secara percuma.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: