Kasihnya Ayah... Lelaki Ini Sanggup Jual Tudung Guna Motor Untuk Beli Pampers & Susu Anak
Kita rasa kita susah, tapi sebenarnya ada orang lain yang lagi susah.
Malaysia pada ketika ini sedang menjalani fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan PKP
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya memaklumkan bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan lagi untuk fasa keempat iaitu bemula 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020.
Sepanjang PKP ini berlangsung, ramai dalam kalangan masyarakat kita berasa terjejas lebih-lebih lagi dari segi pencarian sumber pendapatan.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang individu yang terpaksa 'berniaga' dengan cara yang begitu menghibakan demi untuk membeli barangan keperluan anaknya
Menerusi posting berserta gambar yang dimuatnaik di laman Facebook Penang Kini itu, kelihatan seorang lelaki menjual tudung dengan hanya menggunakan motor yang diparkirkan di bahu jalan.
Menerusi 'nota' yang ditulis lelaki itu, dia berkata tujuannya menjual tudung tersebut adalah untuk membeli susu serta pampers buat anaknya.