Keluar Rumah Tak Beritahu, Si Isteri Suruh Suami Masuk Semula Ini Buat Ramai Boleh Relate
Kena minta izin dulu ya.
Sebagai seorang suami, menjaga kebajikan dan keselamatan isteri adalah satu kewajipan
Bukan itu sahaja, memberitahu pasangan sebelum keluar dari rumah juga merupakan antara adab-adab ketika berumah tangga.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan gelagat seorang isteri yang memaksa suaminya masuk ke dalam rumah semula telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru sahaja keluarkan kereta, si suami disuruh untuk masuk ke dalam rumah semula
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @hazirahmaulana di TIkTok, dilihat gelagat seorang isteri yang memaksa suaminya masuk semula ke dalam rumah kerana keluar tanpa memberitahu.
Katanya, mereka suami isteri sudah lama mempraktikkan supaya memberitahu sebelum keluar ke mana-mana.
Jelasnya lagi, dia merasakan lebih dihargai oleh pasangannya jika berbuat demikian.
"Small things can make we as a partner feel appreciated" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 878.6K tontonan, 47.9K tanda suka dan 1.4K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi situasi yang sama bersama pasangan.
Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!