seismik

"Kenapa Doa Tak Makbul?" - Lelaki Ini Kongsi 3 Sebab Doa Susah Makbul Menurut Hadith

Allahu, tersentap. Selama ini rasa macam tergesa-gesa je berdoa. Tapi berharap agar ia dikabulkan oleh Allah. :'(

Cover image via Twitter @shukery_azizan

Setiap orang di dunia ini perlu meletakkan keyakinan bahawa segala apa doa yang dipanjatkan kepada Allah tidak akan ditolak olehNya

Gambar sekadar hiasan.

Image via EncikShino.com

Ini kerana apabila kita yakin bahawa Allah itu Maha Pemurah, Maha Kaya, pastinya kita akan yakin bahawa hanya Dia yang mampu untuk memakbulkan apa sahaja yang dihajatkan oleh hamba-hambaNya. Sebab itulah setiap manusia perlu anjurkan doa dengan menggunakan nama-nama Allah yang baik mengikut keperluan doa itu.

Seperti Allah SWT berfirman,

“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A’raf, ayat 180)

Selain itu, Imam Ibn Ata'ilah berkata, “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepadaNya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Gambar sekadar hiasan.

Image via Nona

Setiap doa-doa yang dipanjatkan juga perlu mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu doa yang baik. Contohnya, doa itu perlulah terarah untuk memohon kemaafan daripada segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan terhadap Allah SWT.

Ini kerana termakbulnya doa-doa itu juga adalah menerusi pelbagai cara dan keadaan.

Bercakap tentang doa termakbul, ada juga yang menyoalkan mengapa doa mereka tidak dimakbulkan?

Persoalan ini telah dijawab dan dijelaskan oleh seorang pengguna Twitter yang juga seorang penulis buku iaitu Shukery Azizan. Perkongsian melalui rangkaian tweets yang ditulis turut meraih lebih 15.3 ribu retweets dan 16.9 ribu likes ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Di bawah merupakan antara tiga perkara yang menyebabkan doa-doa sukar untuk dimakbulkan:

Akhir sekali...

Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing mulai hari ini. Semoga setiap doa yang dipanjatkan akan dikabulkan. Amin...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: