seismik

Kerajaan Akan Terus Deposit RM250 Kepada Pelajar Yang Sudah Memiliki KADS1M

Wang deposit ini akan diterima bermula 15 Mac 2018.

Cover image via thevocket.com

Pelajar IPTA dan IPTS dikatakan akan menerima RM250 melalui Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia (KADS1M) bermula 15 Mac 2018 nanti

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berucap di Program #KIT Keeping in Touch Bersama Pemimpin Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Image via Berita Harian

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sejumlah RM300 juta peruntukan akan disalurkan kepada 1.2 juta penuntut pelbagai institusi pengajian tinggi serta pelajar Tingkatan Enam tahun ini.

Beliau juga berkata, peruntukan berkenaan boleh digunakan bagi pelbagai tujuan termasuk pembelian buku, alat tulis, peralatan komputer dan penggunaan internet.

"Ia akan dikreditkan melalui KADS1M mulai 15 Mac ini dan penuntut boleh menyemaknya di Bank Rakyat.

"Peruntukan ini selaras dengan Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membantu mengurangkan kos sara hidup yang dialami penuntut institusi pengajian tinggi," ujar Idris.

Idris berkata, "Penuntut yang sudah menerima KADS1M tahun lalu tidak perlu membuat permohonan baru kerana BPPT akan dikreditkan secara automatik kepada mereka."

Image via Berita Harian

Bank Rakyat akan mengenalpasti data pelajar dan mereka juga digalakkan untuk menyemak status mereka secara online sekiranya nama atau maklumat mereka hilang dari pangkalan data.

Idris berkata pelajar akan dapat menyemak status mereka secara online apabila pengumuman rasmi dibuat.

Antara perbezaan untuk tahun ini ialah pelajar dapat memperoleh kad dari mana-mana cawangan Bank Rakyat bukan hanya di cawangan tertentu

Image via Kad Akaun Siswa

Bagi pelajar yang ingin memohon KADS1M 2018, boleh semak sendiri di laman web rasmi Kad Siswa yang akan diumumkan tidak lama lagi

Image via Kad Akaun Siswa

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai KADS1M ini, boleh klik di link ini!

Bila dah dapat duit RM250 tu, jangan membazir ya! Beli apa yang perlu sahaja :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Rakyat Malaysia berbelanja sebanyak RM46 Bilion Di Luar Negara?

Tak perlu panik jika duit anda ditolak ketika mengisi minyak. Ini sebabnya:

You may be interested in: