seismik

"Keras Kepala" - Cermin Kereta Pecah Sebab Gadis Terhentak Kepala Ini Buat Ramai Terkejut

Keras macam batu.

Cover image via @sowhat.bb (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kemalangan jalan raya kadangkala tidak dapat dielakkan walaupun kita sudah mematuhi peraturan dan bertindak berhati-hati di jalan raya

Kebanyakannya merupakan kecuaian sendiri tetapi ada juga yang melibatkan kecuaian orang lain sehingga diri kita yang terkorban. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan cermin kereta pecah disebabkan hentakan kepala seorang gadis telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@sowhat.bb

abang aku kata otak platinum

Originalton - Ghost EditZ

Abang tak sengaja brek sampai kepala terhentak cermin kereta

Menerusi video berkenaan, keliihatan seorang gadis sedang berada di dalam kereta bersama abangnya untuk menuju ke sebuah lokasi. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu menunjuk cermin keretanya pecah gara-gara hentakan kepalanya. Perkara itu terjadi disebabkan abangnya menekan brek dengan mengejut. 

Lebih melucukan lagi adalah apabila cermin keretanya itu pecah seolah-olah terkena balingan batu. Namun, kepalanya tidak sakit sama sekali. 

"Mungkin terlalu banyak masalah sampai masalah nak keluar ikut cermin keta pun pecah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 395K tontonan, 55K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kebal betul kepala sis, jangan lupa check takut sebenarnya ada luka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: