Kereta Ini Kemalangan Sebab Memotong, Tapi Netizen Pula Terhibur Dengar Suara Latar Saksi
Kemalangan yang berlaku di laluan Tapah ke Cameron Highland ini membuat netizen tertanya-tanya apakah benar Rayyan telah 'kentut' di dalam keretanya?
Selain pemandu mabuk, pemandu gelojoh dan tidak berdisplin juga adalah punca utama kemalangan jalan raya berlaku
Terutamanya semasa memandu di jalan yang sempit, berliku, serta mempunyai selekoh tajam, sememangnya memerlukan pemanduan secara cekap, berhemah, serta berhati-hati.
Ini kerana walaupun sedikit kecuaian daripada pemandu pasti akan mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri malah lebih parah apabila ia melibatkan pengguna jalan raya yang lain.
Terbaru, viral sebuah video di laman sosial memaparkan satu kemalangan yang berlaku di laluan Tapah ke Cameron Highland
Dalam video dashcam berdurasi seminit yang dikongsikan akaun Twitter @My_CrimeWatch itu memaparkan kemalangan melibatkan sebuah Perodua Bezza bewarna merah yang dipandu secara melulu sehingga melanggar sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.
Menerusi caption yang dikeluarkan akaun Twitter itu, kejadian berkenaan sebenarnya boleh dielak sekiranya pemandu terbabit memandu dalam keadaan sabar dan tidak memotong.
Ternyata susulan tularnya video kemalangan ini, ramai netizen yang memberikan reaksi mereka.
Ada yang marah, malah ada juga yang terhibur.
Meskipun kemalangan yang berlaku tidak terlalu teruk, namun rata-rata netizen kesal dengan sikap pemandu kereta merah itu yang gelojoh memotong laluan satu hala sehingga bertembung dengan kereta di arah berlainan.
Mereka beranggapan bahawa kemalangan ini tidak sepatutnya berlaku jika pemandu tersebut tidak memotong serta sabar lebih-lebih lagi ketika melalui jalan yang sempit dan curam itu.
Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen terhibur mendengar rakaman suara yang direkod dalam kereta tersebut kerana melucukan. Dalam rakaman itu, dapat didengari seorang wanita sedang bertanyakan soalan kepada Rayyan yang dipercayai merupakan anaknya kerana membuang angin.
Antara komen daripada netizen: