seismik

Khai Bahar Sebak Dengar Voice Note Arwah Ibu Untuk Kali Terakhir - "Tak Expect"

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, Amin.

Cover image via @khaibahar94 (IG)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Beberapa hari yang lepas, ibu kepada penyanyi, Khai Bahar telah menghembuskan nafas terakhir di rumah

Allahyarham iaitu Rosnah Mohamad, 62 meninggal dunia disebabkan komplikasi pelbagai penyakit termasuk buah pinggang yang dihadapinya sejak tahun lalu. 

"Bukan tak terima kenyataan, hati ni hanya rindu" - Khai Bahar

Baru-baru ini, Khai Bahar telah berkongsi satu hantaran di Instagramnya. Hantaran itu menunjukkan satu gambar tangkap layar group Whatsapp adik-beradiknya. Lebih tidak sangka lagi apabila adik perempuan Khai, Teha menghantar satu voice note nyanyian ibunya.

Nyanyian itu menunjukkan mak Khai sedih kerana pada ketika itu dia terkena jangkitan Covid-19 dan tidak dapat pulang ke kampung di Perlis.

Arwah sempat membuat lirik untuk memberitahu bahawa dia rindu anak dan cucunya di Perlis. Namun, dia redha kerana waktu itu dia dapat tinggal di rumah anak kesayangannya, Khai Bahar.

"Tak pernah tau pon mak voice note lagu ni dekat @t.tth7 , bila dengar sampai habis tak expect lirik mcm tu, teha.. awat hang tak pernah bagi aku dngar sebelum ni," tulisnya.

Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: