seismik

KL Bird Park Kini Dibuka Semula, Tawar Promosi Tiket Masuk Serendah RM6 Sehingga 31 Julai

Jom bawa anak bersiar-siar hujung minggu ni. :)

Cover image via KL Bird Park / Facebook

Pandemik wabak Covid-19 yang berlaku sejak Disember 2019 di Wuhan, China telah mengakibatkan ramai terkorban. Virus ini juga telah merebak di seluruh dunia dan termasuklah di Malaysia.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekang wabak ini termasuklah menutup sektor pendidikan, mengehadkan sektor peruncitan dan jualan, menutup pintu-pintu sempadan negara, membatalkan segala aktiviti sukan, riadah dan rekreasi serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Image via Berita Harian

Sejak pelaksanaan PKP oleh kerajaan Malaysia pada 18 Mac 2020 yang lalu, ia sedikit sebanyak telah mengubah norma kehidupan kita.

Namun begitu, berkuat kuasa mulai 10 Jun lepas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), banyak aktiviti dan sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi serta dibuka semula.

Tidak terkecuali, Taman Burung Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KL Bird Park yang turut dibenarkan untuk dibuka semula kepada pengunjung

Oleh itu, KL Bird Park sedang mengadakan promosi sempena pembukaan semula dalam tempoh PKPP dengan menawarkan harga yang sangat berbaloi.

Image via Tours & Travel

Bagi menggalakkan lebih ramai pelawat berkunjung, KL Bird Park telah memperkenalkan harga promosi tiket masuk kepada para pengunjung sehingga 31 Julai ini.

  • Harga Tiket: Dewasa RM16 (berbanding harga asal RM25), Kanak-kanak (RM6)
  • Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang termasuk cuti umum dan cuti sekolah

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan oleh para pengunjung yang datang ke KL Bird Park ini

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di KL Bird Park ini sudah semestinya memerhati perilaku burung terutamanya di kawasan terbuka.

Selain itu, anda boleh melihat pelbagai burung dari jarak dekat seperti merak, burung kenyalang dan bangau.

Apabila tiba waktu makan, pengunjung diberi peluang membantu petugas memberi makan kepada burung-burung ini. Antara diet harian yang diberikan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Image via Emila Yusof

Kawasan KL Bird Park juga luas dan berbaloi untuk bawa anak beriadah di sini sambil dapat menghirup udara segar dan bermesra dengan burung

Image via KL Bird Park

Salah satu ciri utama yang membezakan KL Bird Park dengan mana-mana taman burung lain ialah terdapat beberapa kawasan di mana burung bebas terbang ke mana sahaja yang ingin ditujui, tidak kira kecil atau besar.

Terdapat juga beberapa jenis burung yang memang perlu dikurung dalam sangkar khas seperti helang dan burung hantu.

Image via The Star
Image via Traveloka

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar buat kenang-kenangan dengan burung yang berwarna-warni dan cantik

Malah, jurugambar profesional juga akan ada membantu untuk mengabadikan detik menarik itu bersama-sama dengan burung Nuri dan Kakak Tua yang berada di sisi anda.

Jika perut terasa lapar pula, anda boleh saja singgah menjamu selera di Hornbill Restaurant & Cafe yang disediakan di KL Bird Park ini.

Menariknya, ada juga berpeluang 'ditemani' burung-burung yang hinggap di restoran berkenaan. Sambil makan boleh juga bergambar dengan mereka.

Image via KL Bird Park
Image via KL Bird Park

Jadi tunggu apa lagi? Anda tak perlu pergi jauh pun nak tengok burung, KL Bird Park ada dekat je.

Cepat datang sebelum promosi tiket masuk ini tamat 31 Julai nanti!

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: