seismik

Konsert Justice World Tour Di Asia Tetap Diteruskan Selepas Justin Bieber Umum 'Berehat'

Sebagai rekod, siri konsert 'Justice World Tour' sepatutnya diadakan di Malaysia pada 22 Oktober ini.

Cover image via @justinbieber (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia tahu bahawa penyanyi terkenal antarabangsa Justin Bieber akan mengadakan konsert di Malaysia pada bulan Oktober tahun ini

Walau bagaimanapun, bintang sensasi itu mengumumkan pembatalan siri konsert jelajah dunianya, Justice World Tour untuk memberi perhatian kepada masalah kesihatan.

Bieber yang mengejutkan peminat apabila mengaku mengalami masalah 'kelumpuhan wajah' berpunca sindrom Ramsay Hunt, awal tahun ini, mengumumkan pembatalan siri jelajah itu melalui posting di Instagramnya pagi tadi.

Melalui posting itu, Bieber yang baru mementaskan konsert di Brazil, memberitahu, keputusan menamatkan siri jelajah itu dibuat selepas mendapati kesannya kepada kesihatan terutama usaha memulihkan masalah 'kelumpuhan wajah'.

Lihat posting penuh yang dimuat naiknya di bawah:

"Awal tahun ini, saya umumkan perjuangan melawan sindrom Ramsay Hunt yang mengakibatkan sebahagian daripada muka saya lumpuh.

"Berikutan itu, saya tidak dapat menghabiskan siri jelajah, Justice World Tour di utara benua Amerika.

"Bagaimanapun, selepas berehat dan mendapatkan nasihat doktor, saya sambung siri jelajah itu di Eropah dan mementaskan enam konsert yang akhirnya memberi kesan kepada saya.

"Hujung minggu lalu saya beraksi di Festival Rock In Rio dan memberi segala-galanya kepada peminat di Brazil," katanya.

Jelas Bieber lagi, keletihan mementaskan konsert mendorong dirinya memberi keutamaan kepada kesihatan.

"Sehubungan itu, saya akan berhenti daripada beraksi di konsert buat sementara waktu.

"Saya akan okay tetapi perlukan masa untuk berehat dan pulihkan kesihatan," katanya.

Bieber berbangga dapat mementaskan Justice World Tour dan berkongsi mesej positif di sebalik persembahan itu dengan peminat.

"Terima kasih atas doa dan sokongan anda selama ini. Saya sangat sayangkan kamu," ujarnya.

Konsert Justice World Tour di Asia termasuk di Malaysia tetap diteruskan seperti yang dijadualkan

Begitupun, pihak penganjur bersama AEG Presents Asia dan PR Worldwide Sdn. Bhd. tampil dalam satu kenyataan di posting Instagram masing-masing menjelaskan bahawa konsert 'Justice World Tour' tetap diteruskan seperti yang dijadualkan.

"Beliebers di Asia, kami sedar bahawa @justinbieber telah memutuskan untuk berehat dari jelajah dan berharap Justin cepat sembuh dan menghormati keputusannya untuk mengutamakan kesihatannya.

"Kami tidak sabar untuk melihatnya kembali beraksi. Pemahaman kami ialah siri konsert jelajah duni di Asia ini akan diteruskan seperti yang dijadualkan. Nantikan lebih banyak kemas kini," ujar mereka.

Sebagai rekod, penyanyi kelahiran Kanada berusia 28 tahun itu menunda beberapa persembahan selepas masalah 'kelumpuhan wajah' berpunca sindrom Ramsay Hunt.

Mengikut perancangan, siri jelajah, Justice World Tour akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun depan.

Peminat di Malaysia sepatutnya berpeluang menyaksikan persembahan Bieber di depan mata pada konsert yang akan dipentaskan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober ini.

Macam mana dengan Beliebers fans di Malaysia, anda rasa Justin Bieber akan perform atau tidak nanti?

Image via IWM Buzz

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: