seismik

Mirip 'Hachiko', Kucing Ini Tetap Setia Tunggu Tepi Kubur Tuan Yang Sudah 2 Tahun Pergi

Sedihnya. :'(

Cover image via Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group)

Mungkin ramai dalam antara kita pernah mendengar kisah seekor anjing setia bernama Hachiko

Kisah Hachiko merupakan kisah benar yang berlaku di negara Jepun tentang kesetiaan seekor anjing yang tetap menunggu tuannya walaupun hakikat sebenar tuannya telah pun meninggal dunia.

Hachiko.

Image via Image via Iluminasi

Sudah menjadi rutin buat haiwan tersebut untuk ‘menghantar’ tuannya pergi bekerja dengan mengikutnya ke stesen keretapi Shibuya dan ‘menjemput’ dia kembali setiap petang di tempat yang sama, pada waktu yang sama.

Walau bagaimanapun pada 21 Mei 1925, seperti biasa Hachiko menunggu tuannya pulang di tempat yang sama namun tuannya masih juga tidak kelihatan. Hachiko tidak tahu bahawa tuannya, Professor Eizaburo telah meninggal dunia secara mengejut ketika bekerja akibat pendarahan otak.

Monumen Hachiko di stesen keretapi Shibuya.

Image via Image via Lifestyle Okezone

Meskipun begitu, rutin Hachiko tetap sama iaitu menunggu kepulangan tuannya selama 10 tahun sehinggalah haiwan itu ditemui mati di tepi jalan berdekatan stesen keretapi Shibuya. Selepas kematian Hachiko, monumen haiwan itu telah didirikan di stesen keretapi tersebut.

Baru-baru ini tular kisah mirip Hachiko yang terjadi di Malaysia. Bezanya, kisah mengharukan ini datang daripada seekor kucing oren.

Menerusi satu posting di laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, Hazlynn Nozi telah berkongsikan beberapa gambar memaparkan kucing peliharaan keluarganya yang tetap setia menunggu di tepi kubur arwah bapanya meskipun sudah dua tahun meninggal dunia.

Tambahnya lagi, kucingnya yang diberi nama Oyen itu akan menziarahi pusara bapa setiap pagi di tanah perkuburan yang berhampiran dengan rumah mereka.

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, kucing jantan itu juga akan tiba lebih awal di tanah perkuburan setiap kali mereka sekeluarga datang menziarahi arwah.

Susulan perkongsian tersebut, ternyata ramai yang turut sebak melihat betapa setianya Oyen terhadap arwah tuannya

Selain mendoakan keberkatan pada arwah, terdapat juga netizen yang menyatakan bahawa ini mungkin hikmah yang diperoleh oleh mereka yang berbuat baik pada haiwan peliharaan.

Antara komen daripada netizen:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: