seismik

[VIDEO] Kumpulan Koir Mat Salleh Ini ‘Perform’ Dikir Barat Buat Ramai Orang Malaysia Kagum

Dikir Barat merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan permainan tradisional yang amat terkenal di Kelantan.

Cover image via Facebook Hamilton Children's Choir

Dikir Barat merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan merupakan salah satu permainan tradisional yang amat unik, terkenal dan diminati oleh masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang, atau Kelantan

Dikir Barat biasanya disampaikan secara berkumpulan dan akan diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Image via Kosmo

Dikir Barat terhasil daripada gabungan dua perkataan yang mana 'berdikir' membawa maksud nyanyin beramai-ramai dan mengikut rentak tertentu manakala 'barat' pula timbul kerana masyarakat Kelantan menggelarkan sesuatu yang berasal dari luar semenanjung yang dibawa masuk adalah datangnya dari Barat.

Dikir Barat juga seringkali dijadikan sebagai satu medium bagi tujuan pendidikan, nasihat, hiburan dan dakwah melalui pantun-pantun yang terdapat dalam dikir ini.

Menerusi perkongsian video oleh Dean Norwani, satu kumpulan koir di Kanada telah membuat persembahan Dikir Barat di pentas mereka

Yang membuatkan ramai orang terkejut adalah persembahan tersebut bukan dilakukan oleh rakyat Malaysia sebaliknya terdiri daripada pelajar-pelajar dari negara Kanada sendiri!

Dikir Barat itu telah dipersembahkan oleh kumpulan Hamilton Children's Choir dan diarahkan Tracy Wong yang merupakan rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, kumpulan koir tersebut turut membuat persembahan Gamelan yang juga merupakan salah satu warisan budaya dan kesenian negara.

Rata-rata netizen berasa bangga dan memuji persembahan kumpulan Hamilton's Children Choir ini!

Bolehkan muzik tradisi dan seni warisan negara kita sampai ke peringkat antarabangsa pada masa akan datang?

Apa-apa pun, cayalah Malaysia di mata dunia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: