seismik

Dr Amalina Lancar ‘Ask Dr Amalina’, Laman Web Khas Fokus Pada Kesihatan Umum & Isu Semasa!

Ternyata, Dr Amalina sangat teruja dengan projek baru ini dan mengharap agar orang ramai dapat mempelajari sesuatu yang baru.

Cover image via

Siapa tidak mengenali wanita beauty with brain, Dr Nur Amalina Che Bakri?

Suatu ketika dahulu, beliau telah menggegarkan tanah air apabila meraih kejayaan cemerlang dengan meraih keputusan cemerlang 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. 

Kini, Dr Amalina bertugas sebagai pakar pelatih surgikal di sebuah hospital di United Kingdom (UK).

Mereka yang aktif dalam laman Twitter pasti perasan yang Dr Amalina juga aktif dalam menggunakan laman sosial tersebut.

Beliau sering kali berkongsi nasihat serta ilmu pengetahuan terutamanya yang melibatkan kesihatan dan perubatan dalam laman berkenaan. Di samping itu, beliau juga aktif dalam memberi kesedaran kepada orang ramai lebih-lebih lagi berkenaan dakwaan kesihatan yang ternyata hanyalah mitos semata-mata.

Perkara ini sekaligus menjadikan Dr Amalina idola kepada generasi muda.

Dr Amalina telah membuat pengumuman baru melancarkan laman web khas darinya bernama Ask Dr Amalina yang memfokuskan kepada kesihatan secara umum dan isu-isu kesihatan semasa

Perkara itu dikongsi olehnya di laman Twitter dan Instagram miliknya semalam, 2 Mac.

Menurut Dr Amalina, semenjak beberapa tahun lalu, beliau selalu berkongsikan pengetahuan tentang ilmu perubatan di laman sosial. Kini sudah tiba masa untuknya menggunakan medium lain pula dalam menyampaikan ilmu tersebut.

Image via Blog Dr Amalina

Ternyata, Dr Amalina sangat teruja dengan projek baru ini dan mengharap agar orang ramai dapat mempelajari sesuatu yang baru.

Meskipun begitu, Dr Amalina telah mengingatkan orang ramai bahawa platform baru miliknya ini bukanlah untuk beliau melakukan perundingan perubatan secara peribadi tetapi hanya sekadar untuk berkongsi maklumat kesihatan kepada masyarakat secara umum.

Image via Blog Dr Amalina

Beliau menggesa orang ramai untuk berjumpa dengan doktor secara peribadi sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan pada kesihatan diri.

Cayalah Dr Amalina. Semoga terus memberi inspirasi kepada orang ramai. Respect!

Image via Gifer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: