“Lamine Yamal Kelantan” – Pemuda Tempatan Tular Rupa Seiras Bintang Bola Sepak Sepanyol
Memang sebijik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda banyak layari media sosial kebelakangan ini, anda mungkin ternampak sosok pemuda tempatan yang kelihatan sangat mirip dengan bintang sensasi bola sepak Sepanyol, Lamine Yamal
Muhamad Zakhir Muhamad Zaidi, seorang pencipta kandungan dari Bachok, Kelantan baru-baru ini menjadi tular selepas netizen menyedari persamaan rupanya yang luar biasa seiras dengan pemain sayap Barcelona itu.
Dia secara tidak sengaja mendapat perhatian setelah menyertai kejohanan e-sukan yang diadakan semasa tayangan langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2026, menggantikan pemain yang tidak dapat hadir seterusnya merangkul tempat pertama.

"Bila nama naik untuk ambil hadiah di depan pentas, orang sekeliling terus bersorak memanggil nama Yamal beramai-ramai sampai saya sendiri rasa berdebar," katanya
Menerusi laporan Harian Metro, dia kemudian dikelilingi oleh penonton yang berharap dapat mengambil swafoto bersama, seolah-olah dia seorang selebriti antarabangsa. Dia kemudiannya mendapat pelawaan sebagai tetamu di stesen radio Molek FM.
Walaupun menggayakan rambutnya seperti bintang Sepanyol itu, Muhamad Zakhir mengakui bahawa dia sebenarnya peminat setia Portugal dan Cristiano Ronaldo.
Menurutnya, pengikut di TikTok sering mengusiknya sambil bergurau bertanya sama ada Barcelona terlupa membayar gajinya.
"Setiap kali video masuk 'FYP', pengikut pasti komen tanya adakah Barcelona tidak bayar gaji sampai saya terpaksa buat jualan 'beg kuning'," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via