seismik

Lari Berkaki Ayam, Pelajar Dari Sarawak Ini Tunjuk Mampu Jadi Juara Merentas Desa

Hebat dik!

Cover image via @iswandyisk (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika kita boleh lihat sekarang, banyak aktiviti sudah mula dijalankan selepas kita terkesan dengan pandemik Covid-19

Ia termasuklah aktiviti di sekolah yang kini boleh dijalankan seperti biasa mengikut prosedur keselamatan. Ini termasuklah acara larian merentas desa buat para pelajar.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi seorang pelajar dari Sarawak yang memenangi johan merentas desa dengan berkaki ayam telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@iswandyisk Johan Merentas Desa MSSM Bawah 12 Tahun. Shakira Onie Dari SK Ulu Entabai, Sarawak. Berkaki Ayam Bukan Penghalang #mssm #malaysiaviral #sarawak #sarawakfyppp #foryou #kakiayam Unstoppable - Sia

Buktikan berkaki ayam pun boleh jadi juara

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsung acara merentas desa MSSM bawah 12 tahun.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila seorang pelajar perempuan yang dilihat berlari tanpa memakai kasut.

Bukan setakat itu saja, pelajar yang berasal dari Sarawak itu telah menjadi johan bagi acara tersebut sekali gus membuktikan kemampuannya walaupun tidak memakai kasut.

Difahamkan, dia mempunyai kasut tetapi lebih selesa untuk berlari tanpa memakainya.

"Padu, jaga elok-elok budak ni, bakal naik podium untuk nama negara. Amin" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan komen positif buat pelajar tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 300.5K views, 30.4K likes dan 1,578 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak pakai kasut pun boleh jadi johan, tahniah dik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik