seismik

Simple & Padat, Peringatan Tentang Tutup Aurat Oleh Gadis Ini Boleh Buat Hijabi Buka Mata

Kita haruslah saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Cover image via Twitter @billiesya

Perkembangan trend masa kini semakin memudahkan wanita berhijab memilih pelbagai jenis tudung di pasaran. Bahkan, trend ini juga membuatkan semakin ramai yang terbuka hati untuk berhijrah.

Kalau dahulu para hijabis hanya terhad kepada tudung bawal dan selendang sahaja, kini mereka mempunyai lebih banyak pilihan yang lebih memudahkan seperti tudung instant, dan lain-lain.  Malah, terdapat juga tudung yang tidak perlu digosok tau! 

Selain itu, boleh dikatakan trend tudung ini cepat sahaja berubah mengikut musim dan saban hari ada sahaja fesyen tudung lain dari yang lain menarik perhatian ramai. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Bagaimanapun, semakin banyak fesyen hijab kini, semakin mudah pula wanita mempamerkan aurat mereka walaupun berhijab

Saat ditegur, alasan diberikan adalah 'sekadar mahu berfesyen' sudah biasa didengar. Walaupun tidak semua yang berbuat demikian  namun ia sedikit sebanyak mencacatkan pandangan orang wanita berhijab. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Tidak mahu perkara ini berpanjangan, gadis dikenali sebagai Billiesya berkongsi di laman Twitter miliknya menegur tentang adab berhijab

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 6.5 ribu ulang kicau dan hampir 7 ribu tanda suka. 

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Susulan itu, ramai yang berterima kasih kepada gadis tersebut

Allahu, mudah dan ringkas pesanan yang diberikan. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. InsyaAllah!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Instagram @nurinafiqaaah

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak juga stail hijab sekarang:

More stories to read: