"Sediakan Tudung Sebelum Hujan" - Viral Video Tudung Kalis Air, Reaksi Netizen Bikin Dekah
Labuhkan tudung ini terus boleh jadi baju hujan.
Baru-baru ini tular di laman Twitter sebuah video memaparkan tudung yang kalis air
Dalam video berdurasi 18 saat yang dimuat naik pengguna Twitter, @aidarazman atau Aida, dapat dilihat satu eksperimen telah dijalankan ke atas tudung yang mana setelah dituang air, tudung yang diperbuat daripada fabrik istimewa itu tidak menyerap air tersebut.
Menerusi rangkaian tweet itu, difahamkan tudung berkenaan dikeluarkan oleh @bellezzasofia.
Ternyata, video itu telah berjaya menarik perhatian warganet dan sehingga kini sudah mendapat lebih 1 juta tontonan, 20 ribu retweets dan 32 ribu likes.
Namun yang lebih menggelikan hati selepas tularnya video berkenaan adalah reaksi yang dikeluarkan para warganet
Ada yang siap reka perumpamaan baru disebabkan tudung itu, ada juga yang mengaitkan subjek Fizik dan wanita jadi overthinking tatkala memakai tudung kalis air tersebut.
Berikut adalah antara komen menarik daripada warganet:
Ekoran daripada tularnya video itu, terdapat juga sebilangan warganet yang mempersoalkan cara pencucian tudung kalis air itu
Dalam rangkaian tweet-nya, Aida menjelaskan tudung tersebut bersifat water-resistant, dan bukan waterproof.
Di samping itu, Bellezza Sofia sendiri telah membuat video tutorial tentang cara membasuh tudung yang dikeluarkan oleh mereka. Lihat video di bawah: