Lebih 8,000 Calon SPM 2024 Dilaporkan Gagal Hadir Untuk Peperiksaan Bertulis
Ramainya tak datang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lepas
Menurut laporan Sinar Harian, kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan daripada jumlah itu, 6,231 ialah calon sekolah KPM.
"Berdasarkan kepada analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM Tahun 2024 termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara," katanya.
KPM telah melaksanakan beberapa langkah antaranya memantau kehadiran murid ke sekolah secara harian melalui Sistem Kehadiran Murid (eKehadiran) dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) agar memudahkan pihak sekolah melaksanakan intervensi
Selain itu, KPM turut mengaktifkan Task Force Intervensi Murid Berisiko Cicir SPM pada semua peringkat dan memantau status murid berisiko cicir melalui papan pemuka bertujuan memastikan kehadiran calon dalam peperiksaan SPM dan mengoptimumkan tindakan intervensi bersesuaian.
"Melaksanakan aktiviti berfokus seperti Program Ziarah Cakna, sesi konsultasi ibu bapa, permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru serta pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta. Kebersamaan dalam melaksanakan tindakan ini menunjukkan usaha yang optimum daripada semua pihak," katanya lagi.
Selain itu, KPM juga telah melaksanakan pengesanan awal murid berisiko cicir dalam kalangan murid tingkatan 4 bagi memastikan mereka hadir menduduki peperiksaan SPM 2025.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!