seismik

“Lebih Menawan & Anggun” - LILIT. Kini Tampil Kolaborasi Terbaru Bersama Nala

Wajib dapatkan satu!

Cover image via LILIT.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat wanita tentu banyak jenama pakaian yang menjadi pilihan anda, Namun, siapa saja yang tidak kenal dengan jenama muslimah popular LILIT. bukan?

Baru-baru ini, LILIT. telah melancarkan kolaborasi terbaru mereka bersama nala. Ia menerapkan ciri-ciri inovatif dan berfungsi pada pakaian yang dihasilkan. Oleh itu, kebanyakan pakaian dalam koleksi LILIT. X nala mesra menyusu, didatangi dengan poket, anti-kedut dan mudah digosok.

LILIT. X nala merupakan satu kolaborasi jenama tempatan yang terkenal dengan warna dan corak yang bold. Mengambil inspirasi daripada bunga Plumbago yang melambangkan harapan dan kesejahteraan, koleksi terbaru ini memberikan suatu rekaan terbaru yang tidak pernah dilihat pada rekaan LILIT. Ia menampilkan corak yang berwarna warni.

"Di LILIT. kami sentiasa berusaha untuk menjayakan pelbagai jenis kolaborasi buat pelanggan kami dan memudahkan pemakaian sopan (modest wear) bagi semua wanita. Kami mendapat sambutan yang baik apabila kami melakukan kolaborasi bersama jenama terkenal, personaliti dan pereka fesyen. Dengan itu, kami ingin meneruskan akses kepada pelbagai jenis pakaian sopan. Matlamat kami di LILIT. adalah untuk menjadikan pemakaian sopan dan mudah, kata Amee Halim, Pengurus jenama LILIT.

Amee Halim, Pengurus jenama LILIT.

Image via LILIT.

Tampil koleksi dengan lebih berwarna-warni

LILIT. X nala memberikan anda pesona yang terbaik daripada dunia fesyen yang berwarna-warni. Tersedia dalam tiga corak unik iaitu Butterscotch, Claoud Pink dan Lime Sherbet, koleksi ini dihasilkan daripada fabrik yang lembut dan ringan untuk keselesaan anda.

Digabungkan dengan elemen pemakaian sopan, ia menterjemahkan corak dan cetakan ini dalam koleksi identiti LILIT. seperti Comeback Top and Skirt, Contrast Tunic Shirt, High Neck Ribbed Dress dan banyak lagi. 

Image via LILIT.

Bukan itu saja, ia boleh didapati dalam pelbagai saiz, iaitu daripada XXS (UK4) sehingga 5XL (UK22). Di samping itu, terdapat juga totebag edisi terhad LILIT. X nala yang dijual pada harga RM39.90 sahaja.

Koleksi LILIT. X nala boleh didapati mulai 25 Ogos 2022 di laman sesawang www.lilitstore.com, aplikasi LILIT. dan di semua butik LILIT. yang terletak di KL East Mall, IOI City Mall, Bangsar Village II, Setia City Mall dan Haji Lane, Singapore.

Image via LILIT.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: