seismik
Legasi Dan Kehebatan Lee Kuan Yew Dalam 10 Ringkasan Penting
Sempena pemergian Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew pada pagi tadi, apa kata kita lihat semula 10 kehebatan kepimpinannya sepanjang terlibat dalam bidang politik negara itu.
Cover image via
mustsharenews.com
1. Ketika zaman belajar di Cambridge, Lee mendapat beberapa biasiswa kerana beliau adalah pelajar terbaik di Singapura dan Tanah Melayu ketika zamannya
Image via mustsharenews.com
2. Lee mengasaskan People’s Action Party atau PAP dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung sejak 1954. Beliau mengetuai parti itu dengan LAPAN kemenangan dalam pilihan raya sejak tahun 1959 hingga 1990.
Image via www.bringchange.in
3. Apabila pihak pembangkang mengambil keputusan untuk memboikot Parlimen dari tahun 1966, PAP memenangi SETIAP KERUSI di Parlimen dalam pilihan raya tahun 1968, 1972, 1976 dan 1980
Image via www.wsj.com
4. Mewujudkan sebuah rancangan lima tahun bagi pertumbuhan dan pembangunan Singapura termasuk pembaharuan bandar, hak sama rata untuk wanita, sistem pendidikan bersepadu dan perindustrian negara
Image via time.com
5. Menjelang 1980an, Singapura menduduki tangga kedua di belakang Jepun dalam senarai negara yang mempunyai pendapatan per kapita tertinggi di Asia Timur, sekaligus diiktiraf sebagai pusat ekonomi bagi seluruh rantau Asia Tenggara
Image via vulcanpost.com
6. Di bawah pemerintahan Lee, Singapura diletakkan sebagai negara paling selamat di dunia dengan nisbah kadar jenayah 0:3 bagi setiap 100,000 orang
Image via wsj.net
7. Lee menggesa penggabungan Singapura dengan Malaysia bagi menamatkan penjajahan British. Cadangan ini mendapat sokongan 70 peratus rakyat Singapura.
Image via focus.21cn.com
8. Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat di dunia iaitu selama 31 tahun dari 1959 - 1990
Image via nickdobbs65.wordpress.com
9. Setelah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau kekal sebagai pemimpin PAP sehingga 1992, seterusnya sebagai Mentor Menteri Singapura sehingga 2011
Image via www.bringchange.in
10. Walaupun Lee memerintah Singapura dengan gaya autoritarian, cara pemerintahan beliau inilah yang dipercayai menjadi faktor terbesar dalam kejayaan Singapura sebagai sebuah negara republik
Image via www.bbc.com
Kebijaksanaan Lee Kuan Yew telah meninggalkan sebuah legasi yang disegani. Beliau berjaya membina Singapura daripada "kosong" kepada sebuah negara maju dan salah satu negara paling kaya di dunia.
Image via sg.news.yahoo.com
Lee Kuan Yew dalam kenangan, 1923 - 2015. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mendiang.
Image via SAYS.com