[VIDEO] "Padu Azan Dia!" - Leka Bersukan Waktu Maghrib, Terus Kena Azan Dengan Pemuda Ini!
Ingat azan dalam TV tadi!
Bersukan adalah aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita
Terdapat pelbagai faedah yang dapat diperoleh dengan bersukan. Selain daripada boleh menyihatkan tubuh badan, melakukan riadah sukan juga mampu mengisi masa lapang kita secara bermanfaat.
Aktiviti riadah sukan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Ada yang gemar melakukannya di awal pagi sesudah solat Subuh, dan ada juga yang melakukannya pada petang hari.
Yang bahayanya beriadah pada petang hari ialah kadang-kadang ekoran terlalu asyik bersukan, adakalanya sampai terbawa-bawa ke malam hari. Bila sudah jadi seperti itu, solat Maghrib pun sama ada secara sengaja dilewatkan, atau ada yang sampai tertinggal terus.
Terbaru, viral di laman sosial seorang pemuda melaungkan azan pada sekumpulan lelaki yang sedang leka bersukan di kala waktu Maghrib
Menerusi laman Twitter, Imran telah berkongsikan rakaman video tindakan prihatin sahabatnya yang telah melaungkan azan melalui tingkap dengan kuat bagi memperingati sekumpulan pelajar itu dengan waktu Maghrib yang telah pun masuk.
Sejurus selepas diazankan, dapat dilihat pelajar-pelajar itu mula menghentikan aktiviti masing-masing dan terus beredar dari situ.
Ternyata video berdurasi 18 saat itu telah menarik perhatian para warganet yang merasakan laungan azan pemuda tersebut mirip seperti dalam TV!
Rata-rata memuji keindahan suara pemuda itu dan ramai juga yang meminta dia merakamkan video laungan azan dengan penuh.