Kita Kena Amalkan Kerja 4 Hari Seminggu. Lelaki Ini Beri Sebab Dengan ‘Plot Twist’ Menusuk
Onz tak onz?
Isu kerja empat hari seminggu dan enam jam sehari sedang hangat diperkatakan orang ramai kini
Ada yang bersetuju sekiranya ia dilaksanakan di Malaysia. Bukan sahaja dapat meningkatkan produktiviti pekerja malah dapat mengurangkan kadar stres di tempat kerja sekiranya diberikan rehat yang secukupnya.
Namun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut dengan alasan bahawa tenaga kerja akan berkurangan membuatkan banyak perkara akan terbengkalai.
Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia masih tidak bersedia dengan pelaksaan itu dan masih perlu memperbaiki mutu kerja mereka sebelum implementasikan perkara tersebut.
Bagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Hanif Jamal berkongsi di laman Twitter miliknya bersetuju dengan perlaksanaan empat hari bekerja itu
Malah, dia juga turut membuat bebenang bagi menjelaskan mengapa ia wajar dilaksanakan di Malaysia. Menariknya apabila terdapat plot twist yang tidak disangka di penghujung perkongsiannya itu
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 12.4 ribu ulang kicau dan 9.7 tanda suka.