Perdana Menteri Finland Cadang Hadkan Waktu Kerja 4 Hari Seminggu, 6 Jam Sehari. Bestnya!
Wah, seronoknya! Banyak benda boleh buat dan semestinya sangat bagus untuk kesihatan mental.
Waktu kerja kita adalah sekurang-kurangnya sembilan jam setiap hari dan lima hari seminggu
Itu tidak termasuk dengan masa perjalanan yang dihabiskan untuk ke tempat kerja. Ada yang terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya. Selain itu, ada juga yang harus bekerja lebih masa bagi memastikan kerja mereka habis.
Percaya atau tidak, banyak masa yang dihabiskan di pejabat dan di atas jalan raya berbanding di rumah sendiri. Ini semua adalah realiti pekerjaan di Malaysia.
Bagaimana agaknya kalau tiba-tiba wujud satu undang-undang baru di mana masa bekerja dihadkan kepada empat hari seminggu dan 6 jam sehari?
Percaya atau tidak, perkara itu bakal menjadi realiti di Finland apabila Perdana Menterinya, Sanna Marin, 34 mencadangkan perkara tersebut dalam kabinet.
Ternyata, usul itu disambut baik oleh para menteri termasuklah Menteri Pendidikan, Li Andersson.
Memetik laporan Dailymail.UK, beliau turut menjelaskan panjang lebar sebab dia mencadangkan perkara tersebut
"Saya percaya semua orang berhak untuk menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga, orang tersayang, hobi dan juga perkara lain dalam hidup mereka contohnya seperti belajar budaya baru.
"Lagipun, dengan waktu kerja yang lebih singkat, ia akan meningkatkan produktiviti mereka. Bekerja dengan bijak, bukan susah payah," kata Marin.
Kalaulah perkara ini jadi realiti, para pekerja di Finland lah yang paling beruntung. Best-nya!