seismik

Haze Beri Pendapat Tentang Isu 'Viral' Gaji 1.5k Tapi Buat Kerja Seperti Gaji 5k. Preach!

Inikah realiti kerja sekarang?

Cover image via Instagram @Hazemanhuzir & Google

Kita sering mendengar keluhan rakyat yang sukar mendapatkan pekerjaan. Kadang-kadang kerja dah elok tapi gaji pula tidak setimpal

Dengan keadaan ekonomi sekarang serta kos sara hidup yang makin meningkat, bukan mudah untuk seseorang bertahan dalam meneruskan kehidupan. Ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain, sebab itu ramai yang makan mi segera apabila tibanya hujung bulan.

Selain itu, turut kedengaran juga graduan-graduan yang masih menganggur kerana sukar mendapatkan pekerjaan setaraf dengan pendidikan mereka. Sudahnya, mereka terpaksa 'tangkap muat' bekerja apa jenis pekerjaan demi sesuap nasi. 

Image via Giphy

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter di mana terdapat satu kata-kata nasihat yang mengajak netizen bersyukur dengan gaji yang ada walaupun tidak setimpal

Image via Twitter

Ia kemudiannya mendapat perhatian pengacara, Hazeman Huzir
di laman Twitter miliknya mengatakan dia tidak bersetuju dengan perkara itu

"Yang, kalau gaji RM1.5k tapi buat kerja RM5k, itu maknanya kamu tu dibayar kurang. Bersyukur itu satu perkara tapi kenalah masuk akal juga. 

"Tolong jangan baik sangat, kalau kau mati, syarikat boleh gantikan kau macam itu je. Semua orang boleh diganti," tulisnya. 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Haze itu sudah mendapat 19.5k ulang kicau dan 12.2k tanda suka. 

Susulan itu, ramai yang dilihat bersetuju dengan kenyataan Haze dan turut memberikan pandangan mereka

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pandangan pengacara tersebut

Sebenarnya, setiap orang ada pandangan tersendiri. Yang penting, kita kenalah hormat antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat. Tak gitu?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Haze juga rajin berkongsi pandangan mengenai topik-topik semasa di laman Twitter miliknya:

Bekerja mencari sesuap nasi ini bukannya mudah:

You may be interested in: