"Dari Belakang Macam Rose Blackpink" - Lelaki Ini Dedah Cara Penjagaan Bagi Rambut Lembut
Ingatkan rambut macam iklan TV itu tak wujud.
Siapa yang tidak mengimpikan untuk memiliki rambut cantik menawan persis iklan shampoo dalam TV itu?
Rambut ini diibaratkan umpama mahkota, baik buat perempuan mahupun lelaki.
Rambut yang sihat dan berkilau boleh meningkatkan aura kecantikan serta kekacakan seseorang. Tidak dapat dinafikan semua orang inginkan rambut yang cantik persis model.
Walau bagaimanapun, faktor-faktor seperti genetik, pemakanan dan gaya hidup boleh mempengaruhi kesihatan dan keadaan rambut.
Disebabkan itu, rambut juga memerlukan penjagaan yang rapi sehingga ada yang sanggup berbelanja sampai ratusan ringgit setiap bulan bagi merawat rambut.
Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial memaparkan seorang lelaki yang berkongsikan tips mengenai penjagaan rambutnya
Video berdurasi 1 minit tersebut sebenarnya telah dimuat naik oleh pengguna TikTok, @nucytimes, lalu dikongsikan semula di laman Twitter oleh @nrinsyira.
Menerusi perkongsian berkenaan, pemuda itu telah memberikan beberapa tips penjagaan dan cara membasuh rambut yang diamalkan olehnya.
Dia menjelaskan bahawa dia memulakan langkah dengan menggunakan perapi rambut atau conditioner terlebih dahulu, dan kemudian diapit dengan syampu dan akhir sekali dia mengulang langkah pertama iaitu menggunakan perapi semula.
Susulan tularnya video itu, rata-rata netizen terpesona dengan rambut yang dimiliki lelaki berkenaan
Selain memuji mahkota yang dimiliki lelaki terbabit, ada juga yang berseloroh menyatakan mujur wajahnya sudah terpapar dari awal video kerana dikhuatiri ada yang akan menyangka pemuda terbabit adalah wanita pada mulanya.
Antara komen menarik daripada netizen: