seismik

Lelaki Ini Jelajah Ke 5 Lokasi Di Thailand Selama 7 Hari Dengan Bajet Tak Sampai RM870

Jalan seminggu pun masih murah!

Cover image via Aidili Fashilin / Facebook

Travel sampai seminggu di luar negara tapi bajet tak cecah RM1,000 pun. Seronok kan?

Mana-mana kita travel pun, perkara paling utama yang perlu ditiktikberatkan semestinya kos. Selagi mana kita boleh jimat, selagi itulah kita akan cuba sehabis baik untuk tidak membazir duit kepada perkara yang tidak bermanfaat.

Salah satu cara untuk berjimat ketika travel tentunya dengan mengajak kawan-kawan join sekali. Maklumlah, travel dengan kawan-kawan ini lebih seronok dan yang paling penting, dapat jimatkan duit perjalanan kerana boleh berkongsi. Tak kiralah sama ada berkongsi dari segi makanan, tempat tinggal, pengangkutan, dan lain-lain.

Senang kata, kalau ada kawan-kawan trip akan jadi lebih 'function'

Image via TSG #KasiJadi

Lagi pun, kawan-kawan boleh juga tolong ambilkan gambar atau video, jaga keselamatan bila berada di tempat awam, tolong selesaikan masalah, dan membantu kita sekiranya berada dalam kecemasan.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Aidili Fashilin bersama dua lagi rakan telah mengembara ke negara Thailand selama 7 hari 6 malam dan sempat menziarahi lima lokasi utama iaitu Hatyai, Bangkok, Pattaya, Ayutthaya, dan Lopburi dengan bajet serendah RM864 sahaja!

Macam mana mereka mampu berjimat selama 7 hari? Baca perkongsian penuh Aidili di bawah:

Backpacking Thailand 7D6N dengan total cost RM864.

Salam geng, sedikit perkongsian dari saya travel ke Thailand melalui border crossing di Padang Besar all the way to Bangkok. Sempat merasa naik macam-macam mode of transport seperti keretapi (14 jam Bangkok-Hatyai), grab, tuktuk, songtheaw (motor), MRT/LRT, feri, bas, basikal dan juga kapal terbang.

Antara highlight untuk trip ni adalah ke Sunflower field di Lopburi dan melawat 4 floating market utama di Thailand (1 di Hatyai, 2 di Bangkok dan 1 di Pattaya), selain berbasikal di UNESCO World Heritage Site di Ayutthaya.

Trip kali ni cover Hatyai-Bangkok-Pattaya-Ayutthaya-Lopburi-Hatyai.

Sunflower farm, Lopburi

Image via Aidili Fashilin / Facebook

Berikut adalah basic itinerary saya:

Day 1:
Butterworth-Padang Besar (by KTM Komuter), then Padang Besar-Hatyai (by SRT train).
HATYAI: Wat Hat Yai Nai, Hatyai Floating Market, jalan-jalan town centre around Lee Garden Plaza.

Day 2:
Hatyai-Bangkok (by Thai Lion Air, reason naik flight sebab harga tiket lagi murah dari train).
BANGKOK: Wat Arun, Grand Palace, Chatuchak Night Market.

Grand Palace, Bangkok

Image via Aidili Fashilin / Facebook

Day 3:
Bangkok-Pattaya-Bangkok (day trip by bus, naik dari Eastern Bus terminal).
PATTAYA: Noong Nooch Garden, Pattaya Floating Market, Pattaya City, Pattaya Beach.

Day 4:
Bangkok-Ayutthaya-Bangkok (day trip by train, walk in je at Hualampong station).
Ayutthaya: sewa basikal untuk tour around Ayutthaya Historical UNESCO park.
Malam tu back to Bangkok pergi tengok Playhouse Cabaret Show.

Day 5:
Bangkok - Maeklong Train Market - Damnoen Saduak Floating Market - Amphawa Floating Market (sewa kereta with driver RM120 kongsi 3 orang).
Malam tu at Bangkok lepak kat Terminal 21 and Siam Paragon Shopping Centre.

Ayutthaya UNESCO World Heritage Site

Image via Aidili Fashilin / Facebook

Day 6:
Bangkok-Lopburi-Bangkok (day trip by train, walk in je at Hualampong station).
LOPBURI: jeep ride to LOPBURI sunflower field (RM180 kongsi 5 orang with other travellers).
Back to Bangkok: lepak at Khaosan Road (shopping + massage).
Malam tu pukul 11pm depart to Hatyai by train (14 hours journey).

Day 7:
Sampai Hatyai about 1.30PM.
Hatyai-Padang Besar by bus (sebab dah terlepas train untuk ke Padang Besar).
Padang Besar-Butterworth by KTM komuter.

Maeklong Railway Market

Image via Aidili Fashilin / Facebook

Wat Arun, Bangkok

Image via Aidili Fashilin / Facebook

TOTAL COST: RM 864

Transportation: RM410 (flight, train, grab, MRT, ferry, tuktuk, rental car, bicycle rental)
Accommodation: RM124 (hostel untuk 5 malam)
Entrance fee: RM180 (Grand Palace, Wat Arun, Pattaya Floating Market, Noong Nooch Garden, cabaret show)
Meals/Shopping/etc: RM150

P/S: Kos yang ditulis adalah untuk seorang. Kos yang dikongsi hanya untuk naik grab, tuktuk, dan kereta sewa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Memang ada banyak cara untuk berjimat ketika bercuti di Thailand!

You may be interested in: