seismik

Lelaki Ini Dedah Modus Operandi Penyeluk Saku Di Eropah, Siap Bagi 3 Tips Elak Jadi Mangsa

Berguna sangat tips ni!

Cover image via Mohamad Nazarul Eizat / Facebook Thrillist

Seringkali kedengaran kes bagaimana para pelancong menjadi mangsa penyeluk saku ketika berkunjung ke benua Eropah

Kadang-kala, ada yang sudah menjaga barangan mereka sebaik mungkin namun ada sahaja taktik penyeluk saku ini untuk mencuri. Sudahnya, pelancong juga yang berputih mata saat menyedari barangan mereka hilang. 

Selain itu, terlalu banyak video dan perkongsian ramai mengenai bagaimana para pelancong ini menjalankan modus operandi mereka.

Namun disebabkan bilangan yang terlalu ramai membuatkan kegiatan ini sukar untuk dibanteras.

Image via Giphy

Terbaru, seorang lelaki iaitu Mohamad Nazarul Eizat telah berkongsi tips berguna untuk mengelakkan menjadi mangsa penyeluk saku terutamanya ketika berada di Eropah

Difahamkan, lelaki yang turut menggelar dirinya sebagai Bang Yo sering ke Eropah atas urusan kerja. Susulan itu, dia berkongsi sedikit tips pengalamannya bersama orang ramai bagi mengelakkan diri daripada menjadi salah seorang mangsa penyeluk saku.



Mohamad Nazarul Eizat.

Image via Mohamad Nazarul Eizat / Facebook

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Alhamdullilah Bang Yo di beri peluang untuk menikmati Eropah setiap tahun atas urusan kerja, dan Alhamdullilah diberikan kesihatan yang baik untuk berkongsi tips di Eropah kepada semua.

"Eropah merupakan negara yang cantik tapi dicemari dengan perilaku yang tidak bermoral iaitu menyeluk saku. Penyeluk saku ini, selalunya Bang Yo tengok dia bergerak aktif di negara-negara yang berbilang bangsa dan menjadi tumpuan para pelancong.

"Antaranya Paris, Madrid, Milan, Rome dan juga London. Kalau di youtube channel, kita search sahaja 'pickpockets' keluar la video yang berjaya di rakam oleh para pelancong. Mereka hanya mensasarkan para pelancong sahaja kebih2 lagi ketika menggunakan public transport.

"Cara Latihan. Ada kawan Bang Yo cerita, depa ni kebanyakkannya dari negara-negara  tak membangun dan negara Muflis macam Romania, Greece dan sebagainya. Cara latihan depa sangat licik iaitu memakaikan jaket kepada patung dan di hiasi dengan loceng. Mereka perlu mengambil barang dalam jaket tersebut tanpa membunyikan loceng tersebut. Bang Yo dengar saja. Tak tahu ke betul ke tak, wallahualam.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Savvy Backpacker

Di bawah merupakan perkongsiannya mengenai modus operandi para penyeluk saku ini

"Mintak sign. Selalunya Gypsy ini akan mendekati dan akan tanya, 'can you speak English'? Kalau kata yes, depa akan explain la benda-benda kutip derma dan sebagainya. Dalam pada yang sama mereka paksa untuk memberi sumbangan. Dalam pada kita dok buka wallet kita tu, ada dah yang menanti di belakang untuk melakukan kerja tersebut.

"Menanyakan peta. Haa yang ni selalu berlaku di Metro Italy. Depa ni selalu bergerak dalam kumpulan. sekurang2 nya 4 ke 5 orang.

"Modus operandi, depa akan block pintu Metro bila warning pintu akan di tutup sambil mengalihkan perhatian dengan menanyakan tempat di dalam peta. Time tu baik cabut ja sebab banyak orang buat kerja weh.

"Tau-tau barang dalam poket dah hilang. Nak cerita di Italy, Bang Yo ternampak puak-puak ni duduk sebelah kawan Bang Yo. Dia membawa bayi, nampak tangan Gypsy tua dok seluk saku member ni. Bang Yo dengan pantas menyelinap di bawa orang dan menampak tangan gypsy tersebut. Dengan muka tidak bersalah,mereka keluar pad stesen seterusnya.

"Blocking di dalam train. Sekali lagi, sampah-sampah masyarakat ini cuba untuk memblock di dalam train dan kali ini dengan cara lebih kasar. Ada yang tidak bagi masuk. 

"Haritu kat Paris, Bang Yo cuba membantu rakan dari Malaysia yang membawa wheelchair. Belum sempat lg kami masuk, terus kami di halang untuk masuk oleh group budak2 gypsy. Kami pun buat-buat terjatuh dan menolak mereka. 

"Selain dari block, Bang Yo dah nampak tangan depa dah masuk di belakang bag dan seorang lagi di dalam scarf. Macam-macam ujian Allah bagi waktu bermusafir ni," tulisnya lagi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Stripes

Oleh itu, dia sempat berkongsi tiga tips penting bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa mudah penyeluk saku

"Berpakaian Seperti Orang tempatan. Selalu kita tengok, banyak orang yang melancong berpakaian seperti artis gitu. Betul OOTD, tapi pakaian seperti ini yang selalunya akan menarik perhatian para penyeluk saku.

"Cuba lah anda dressing baju biasa saja. Tshirt, jeans dan sneaker pun sudah memadai. Jika sejuk pakailah jaket atau winter cloth yang bersesuain dan tidak terlalu terang.

"Pakai Slingbag atau Bagpack yang menghala ke depan. Seandainya anda memakai backpack di belakang ia samalah seperti anda meletakkan nota 'Sila seluk saku saya'. Ini adalah peluang bagi pick pocket untuk mencopet anda.

"Seandainya ada bag yang masih di belakang, sila halakan ke depan bagi supaya kita dapat memastikan keselamatan barangan berharga kita terjamin.

"Kosongkan Poket anda. Poket perlulah kosong sentiasa dari sebarang barangan yang berharga. Barangan berharga perlu disimpan kemas di dalam bag seperti, wallet, handphone, passport dan sebagainya kerana perkara ini akan memudahkan penyeluk saku mengambilnya," tulisnya lagi. 

"Bang Yo cuma boleh berkongsi pengalaman Bang Yo selama mana berada di Eropah. Tapi kalau nasib tak menyebelahi dah buat langkah berjaga-jaga macam mana pun, perkara buruk masih terjadi.

"Bak kata pepatah 'Malang tidak berbau'. Bagi gambaran sebenar boleh kita buka di Youtube ya," tulisnya. 

Sememangnya perkongsian lelaki ini sangat membantu terutama mereka yang merancang untuk ke Eropah. Apa-apa pun, yang penting anda kena berhati-hati bila ke negara orang ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga perkongsian lain untuk mereka yang nak melancong ke Eropah:

Leave a comment