Lelaki Ini Senaraikan 18 Lagu Paling Best Filem Bollywood. Imbau Memori Sungguh!
Siapa sini peminat filem Bollywood?
Cover image via Twitter @Syaqirwazizi & GoogleFilem Bollywood sememangnya mempunyai peminat setianya yang tersendiri di Malaysia
Sebab itu jugalah sering kali kita lihat siaran ulangan filem-filem Bollywood di kaca televisyen terutamanya menjelang musim perayaan.
Malah, walaupun sudah menonton filem itu berkali-kali namun ia seakan suda menjadi tradisi untuk menontonnya bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain itu, lagu-lagu daripada filem Bollywood ini juga sudah dihafal liriknya.
Hebat betul penangan filem Bollywood ini kan?
Anda semua pernah tak ada senarai lagu-lagu kegemaran daripada filem Bollywood?
Baru-baru ini, lelaki yang dikenali sebagai Syaqir Wazizi berkongsi di laman Twitter miliknya, senarai lagu-lagu filem Bollywood yang baginya 'boleh layan'.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat lebih 16 ribu ulang kicau dan 18 ribu tanda suka.
Image via Giphy
