Lelaki Kongsi Struggle Belajar Untuk SPM Sambil Terima Rawatan Kemoterapi Di Hospital
Alhamdulillah, dia cemerlang dalam keputusan SPMnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sangat penting untuk pelajar kerana ia menentukan hala tuju pembelajaran di kolej atau universiti
Oleh sebab itu, ramai pelajar disarankan untuk belajar bertungkus-lumus untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang sewaktu SPM.
Namun, baru-baru ini tular posting di laman X yang memaparkan seorang lelaki kongsi pengalamannya menduduki peperiksaan itu.
Hidap penyakit kanser, dia terpaksa belajar di hospital
Sewaktu tahun peperiksaan, lelaki yang dikenali Zul ini perlu menerima rawatan kemoterapi disebabkan penyakit kanser.
"Aku ambik SPM serentak buat chemo. Cuma time exam dia kasi stop masuk chemo sekejap. Form 4 sekolah 6 month sahaja, Form 5 sekolah 6 month sahaja juga. Pengawas jaga aku semua tido je weh sebab wad sejuk" tulisnya.
Walaupun keadaannya begitu, dia tetap meraih keputusan SPM yang cemerlang iaitu 8A 1B.
Dia juga berkongsi ada cikgu yang sanggup datang mengajar di hospital dengan rela hati.
Buat masa sekarang, kansernya tidak hilang, masih ada tetapi sangat stabil. Dia perlu check up dengan doktor sekali-sekali.
Dia juga menasihati bahawa kesihatan amat penting untuk semua.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!