Lelaki Ini Raih Hampir RM10K Berniaga Di Shopee. Dia Ajar 'Step By Step' Cara Untuk Buat
Kalau dia boleh, kita pun mesti boleh. :)
Zaman sekarang ini, satu pendapatan sahaja memang tak cukup. Kebanyakan warga kota perlu bekerja keras demi menampung kos hidup yang semakin meningkat.
Malah, ada juga warga kota yang sanggup melakukan dua kerja, semata-mata untuk menjamin tahap kewangan yang lebih selesa.
Kerja kedua yang paling common di era serba canggih ini tentunya perniagaan online. Pelbagai aplikasi boleh digunakan untuk menjana pendapatan kedua seperti Instagram, Twitter, Carousel, Mudah, dan sebagainya.
Dalam lambakan aplikasi yang wujud, salah satu yang sedang meningkat naik adalah Shopee. Dan tahukah anda sebenarnya anda boleh menjana pendapatan melalui aplikasi ini?
Bunyinya macam kurang familiar dan agak rare tetapi kalau tahu selok-belok Shopee dengan betul, anda boleh menjana bukan RM1,000, bukan RM2,000 tetapi sehingga RM10,000 sebulan. Banyak tu!
Sejauh mana perkara ini benar? Seorang lelaki bernama Mohamad Farhan menerusi Facebook membuktikan bahawa dia mampu menjana pendapatan ribuan Ringgit secara konsisten setiap bulan, hanya dengan Shopee.
Lebih menarik, saudara Farhan berkongsikan secara terperinci tentang step by step dan cara bagaimana beliau melakukannya.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Ramai jugak yang PM aku tanya pasal Shopee, aku buat apa sekarang, macam mana nak niaga dekat Shopee. Sekarang ni aku 100% kerja dekat rumah. Duduk rumah besarkan badan. Aku pun baru je berjinak-jinak dengan Shopee ni dan Alhamdulillah, ada hasilnya.
So let me share untuk yang baru-baru nak berjinak dengan Shopee. Nak buat part time ke, nak buat majukan lagi bisnes ke, Shopee 100% FREE.
Step 1: Kena ada Shopee app. Register.
Step 2: Wajib update alamat dan acc number dalam Shopee. Ni penting.
Step 3: Apply "free shipping program". Ini sangat-sangatlah penting. Sebab buyer, mereka nak postage free. Untuk apa nak postage berbayar kalau boleh dapat free.
Step 4: Upload lah barang-barang jualan dan gunakan ayat-ayat menarik minat pembeli. Kalau boleh, letak # sebanyak mungkin untuk tarik lebih pembeli. Timbang siap-siap berat item nak jual, masukkan dalam product detail siap-siap.
Borang PL9 boleh ambil dekat pejabat pos. Setiap kali pos, tak perlu bayar apa-apa. Semua Shopee dah uruskan. Sebab tu kena apply free shipping program. Senangkan.
Selebihnya boleh rujuk pada gambar-gambar di bawah:
Cara nak POS:
- Print waybill (consigment note)
- Gunting waybill jadi 4 helai, satu simpan
- Lagi 3 selit dalam pocket parcel
- Isi borang PL9 dan letak sekali dengan parcel
- Dropoff di pejabat pos atau arrange pickup
- DONE
Farhan yang menjual produk makanan kucing menggunakan contoh-contoh ayat ini untuk menarik pelanggan:
Fungsi button 'boost' ni untuk meningkatkan lagi view orang pada product kita. Boleh boost 5 items dalam setiap 4 jam. Percuma! So rajin-rajinlah tekan boost ni yee.
Lagi info mengenai free shipping:
Rasanya aku dah jawab 80% soalan yang tanya aku ni. Nanti kalau ada masa aku cuba ulas macam mana nak buat dropship. Aku pun tengah belajar lagi.
Terima kasih.
Terbaik kan? Dah bolehlah kalau nak mula berniaga menerusi Shopee lepas ni!
Sumber: Mohamad Farhan