seismik

"Comel Je Dekat Dagu Ada Face Mask" - Netizen Terhibur Dengan Gadis Buat Lesen Memandu

Kelam-kabut punya pasal, bukan setakat face mask je, tapi tali beg sandang pun ada dalam gambar lesen memandu Nabihah.

Cover image via Careta & Twitter @nabihahaiman

Umum sedia maklum pemegang lesen memandu dikecualikan daripada memperbaharui lesen sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Namun begitu, susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun yang lalu, pelbagai aktiviti sosial serta sektor ekonomi telah kembali beroperasi secara berperingkat.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Careta

Ini bermakna orang ramai kini boleh mula memperbaharui Lesen Memandu bagi kenderaan persendirian dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan e-hailing, teksi, serta kereta sewa, selain urusan yang berkaitan dengannya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Begitupun, bagi mengamalkan norma baharu yang disarankan kerajaan, orang ramai digalakkan untuk memakai topeng muka (face mask) ketika berada di luar rumah atau di tempat awam.

Menerusi laman Twitter, seorang gadis telah berkongsikan pengalaman lucu yang dialaminya ketika hendak memperbaharui lesen memandu dalam tempoh PKPP

Dalam perkongsiannya, Nabihah Aiman telah memuat naik hasil gambar lesen berkenaan yang ternyata berjaya menarik perhatian orang ramai. Manakan tidak, dalam lesen itu dapat dilihat face mask di dagu Nabihah dan juga tali beg sandangnya.

Ingin dijadikan cerita, semuanya bermula gara-gara gambar terbaru Nabihah tiada dalam sistem, selain tidak membawa gambar pasport berlatarbelakangkan warna putih bersamanya.

Oleh yang demikian, pegawai JPJ yang bertugas mengarahkan dia untuk segera menangkap gambar lesen baru di ruangan yang disediakan. Disebabkan Nabihah berada dalam keadaan kelam-kabut, dia sehingga terlupa untuk menanggalkan face mask yang dipakainya serta beg sandangnya.

Nabihah hanya mula menyedari perkara itu setelah ditegur seorang lagi pegawai JPJ. Walau bagaimanapun gadis itu terpaksa reda di samping menganggap kejadian tersebut sebagai kenangan yang dinamakannya lesen PKP.

Tinjauan di ruangan reply pula mendapati rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian Nabihah itu

Bahkan ada juga yang sempat berseloroh dengan kisah lesen PKP ini. Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji gambar tersebut cantik dan comel meskipun terdapat kisah lucu disebaliknya.

Menariknya, seorang warganet telah memuat naik gambar lesen PKP-nya tersendiri mirip insiden yang dihadapi Nabihah. 

Korang dah renew lesen memandu korang, belum?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: