seismik

Bila Mak Ayah Lebih Risaukan Kucing Dari Anak Sendiri, Ramai 'Simpati' Nasib Pemuda Ini

Lawaknya, ramai juga yang terkeliru dengan nama pemuda itu dengan nama kucing peliharaannya. Siap ada yang kata nama kedua mereka macam tertukar.

Cover image via Twitter @melfrds

Ada di antara kita yang menganggap haiwan peliharaan itu seperti ahli keluarga sendiri

Manakan tidak, gelagat haiwan ini sering kali membuat kita terhibur, lebih-lebih lagi dikala sedang stress ataupun sedih. Telatah haiwan peliharaan yang nakal dan manja mampu mencuit hati sesiapa sahaja yang sedang bermain dengannya.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via FMT

Salah satu haiwan yang kerap dipelihara adalah kucing menjaganya tidaklah sukar di samping cara penjagaannya juga sangat mudah. Selain itu, kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan disukai ramai kerana sifatnya yang jinak dan suka dibelai serta manja dengan manusia. 

Beberapa hari yang lalu, tular di laman sosial kisah lucu seorang lelaki yang merasakan ibu bapanya lebih risaukan kucing peliharaan berbanding dirinya

Menerusi laman Twitter, pemuda itu telah berkongsikan screenshot perbualan dia bersama ibu bapanya.

Lawaknya, dalam perbualan itu, cara ibu dan bapa lelaki berkenaan yang lebih menumpukan kepada keadaan kucing peliharaan mereka ternyata telah membuat warganet geli hati.

Bukan itu sahaja, bahkan menariknya ramai juga yang terkeliru dengan nama pemuda itu dengan nama kucing peliharaannya. Siap ada yang kata nama kedua mereka macam tertukar.

Sebenarnya, Omel merupakan singkatan bagi nama pemuda itu iaitu Aumeel, manakala nama Laila pula diinspirasikan daripada nama watak dalam siri drama televisyen, Kampung People.

Tinjauan di ruangan reply pula mendapati ramai yang terhibur dengan perkongsian daripada Omel ini

Selain merasakan nama panggilan Omel itu cute, ramai turut tertawa bagaimana Omel di'anak-angkat'kan oleh ibu bapanya. Tambahan pula ada juga yang berkongsikan telah mendapat layanan sama daripada ibu bapa mereka, sebijik macam Omel.

Antara komen menarik daripada warganet:

Walaupun Omel comel, tapi kami tetap #teamLailer! ;P

Image via Tumblr

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Dah tengok video abang bomba buat CPR pada anak kucing?

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: