seismik

Buat Muka Simpati & Suka Acah Miskin, Kepuraan Kucing Kaya Ini Sebiji Macam Drama Pukul 7!

Ingatkan drama seperti ini hanya berlaku dalam kalangan manusia sahaja, rupa-rupanya haiwan pun boleh berdrama!

Cover image via Twitter @thekittycoach

Perasan bukan kebanyakan plot drama Melayu kita semuanya lebih kurang sama

Antara plot typical drama Melayu adalah pasangan yang kena kahwin paksa, pada awalnya saling membenci tapi diakhiri dengan kedua-duanya saling mencintai bagai nak rak, kemudian ada saja orang yang dengki ingin pisahkan mereka.

Tidak pun, akan ada orang kaya yang jatuh cinta dengan orang miskin. Akan tetapi, pasangan itu mendapat tentangan keluarga. Plot twist-nya pula adalah yang miskin itu sebenarnya kaya namun menyamar jadi miskin.

Namun begitu, ingatkan drama seperti ini hanya berlaku dalam kalangan manusia sahaja, rupa-rupanya haiwan pun boleh berdrama!

Begitulah yang berlaku pada seekor kucing ini yang kerap kali kelihatan seperti kucing liar yang comot tapi sebenarnya bertuankan orang kaya

Menerusi gambar dari Azha Nafi yang dimuat naik semula di laman Twitter oleh @thekittycoach atau Fadhilat, dia telah berkongsikan beberapa gambar seekor kucing putih hitam yang comot persis kucing jalanan.

Namun menurut Fadhilat, kucing berkenaan sebenarnya bertuankan pemilik sebuah kedai haiwan peliharaan yang mana sudah tentu kehidupannya terjamin.

Suka kelihatan miskin, mengorat kucing betina di jalanan, dan meminta simpati dengan membuat muka persis gelandangan, kucing hitam putih itu akan dimandikan sehingga bersih setiap kali ia pulang ke pangkuan tuannya.

Image via imgur.com

Lihatlah sendiri, siapa-siapa pun pasti akan tertipu mengingatkan ia adalah seekor kucing liar.

Sekarang lihat pula kucing itu apabila sudah dibersihkan. Memang nampak macam kucing berada!

Ekoran daripada tularnya gambar itu, rata-rata warganet meluahkan reaksi mereka dengan keletah kucing tersebut

Ada yang berseloroh terhibur dengan perangai kucing itu, ada juga yang mengaku akan tertipu menganggapnya seekor kucing liar.

Antara komen menarik dari warganet:

Kucing, kau memang drama!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah tengok video abang bomba kita buat CPR pada seekor anak kucing?

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: