seismik

Liwat Isteri 104 Kali Dan Cabul 3 Anak Perempuan, Tapi Masih Tak Mengaku Salah

Tepuk dahi.

Cover image via

Dua hari lepas, Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar mendakwa seorang pemandu lori dengan 104 pertuduhan seks luar tabii

Image via Harian Metro

Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun ini telah meliwat isterinya berkali-kali sejak Mac hingga Jun lalu.

Isterinya yang berusia 37 tahun dilapor telah diliwat dengan purata dua atau tiga kali hampir setiap hari bermula pada 1 Mac hingga 3 Jun lalu antara 12.30 tengah malam hingga 11.30 malam.

Semua ini dilakukan tanpa kerelaan isterinya.

Lebih menjijikkan, lelaki terbabit turut mencabul 3 anak perempuannya

Tertuduh turut didakwa dengan tujuh pertuduhan amang seksual terhadap tiga anak perempuannya yang berusia 12, 10 dan lima tahun pada Mei dan Jun lalu.

Kejadian cabul dikatakan berlaku pada 4 dan 7 Mei lalu serta 4 Jun lalu pada 6 petang dan 9 malam.

Walau bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah

Bagi keseluruhan 111 pertuduhan yang dihadapi, lelaki terbabit langsung tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di mahkamah.

Tertuduh melakukan sedemikian atas alasan dia tidak lagi tinggal bersama isteri dan anak-anaknya serta dalam proses perceraian, selain hanya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, serta tambahan lima tahun dan dua sebatan jika membabitkan anak

Dia didakwa dengan 104 pertuduhan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan, manakala 6 pertuduhan lagi mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Aduhai bapak:

Leave a comment