seismik

"Macam Mana Dia Masuk Rumah?" - Netizen Pelik Lebih 10 Tahun Wanita Ini Hidup Dalam Sampah

Kesian pula tengok 'cikgu' ni.

Cover image via Sinar Harian & Aki Amin (Facebook)

Timbunan sampah tersebut adalah hasil kutipan setiap hari oleh wanita yang dikenali dengan panggilan cikgu sejak beberapa tahun lalu

Seorang wanita warga emas dikatakan duduk dalam rumah yang penuh dengan timbunan plastik, kotak-kotak, tin kosong dan sisa makanan di Taman Bersatu, Simpang Pulai, Perak. 

Menurut sumber, pesara guru berusia lingkungan 60-an itu dipercayai mempunyai masalah mental dan akan keluar berbasikal bagi mengutip sampah di premis-premis berhampiran untuk dibawa balik.

Jiran cikgu tersebut pernah berhadapan masalah nyamuk sehingga dimasukkan ke hospital akibat demam denggi

Berdasarkan laporan, tinjauan mendapati longgokan sampah itu dilihat telah menutupi pintu rumahnya dan penduduk mendakwa warga emas tersebut akan memanjat 'bukit' sampah terlebih dahulu untuk memasuki rumah dua tingkat miliknya.

“Sudah banyak kali kami menasihatkannya tetapi dia tidak pernah dengar, malah kami pula dimarahinya. Dia juga akan marah sekiranya kami usik sampahnya.

“Kami sentiasa menutup pintu dan tingkap kerana tidak tahan dengan bau busuk dan nyamuk yang banyak. Kami sudah tua tentu takut terkena demam denggi lagi,” kata jirannya.

Image via Sinar Harian

Menurut jirannya lagi, wanita itu mempunyai tiga anak tetapi ditinggalkan dan tak terurus. Mereka juga simpati melihat keadannya tetapi tidak tahu bagaimana nak tolong.

Sementara itu, seorang lagi penduduk di situ harap ahli keluarga warga emas tersebut dapat bertanggungjawab dengan membawanya dapatkan rawatan.

“Masalah longgokkan sampah ini tidak akan selesai meskipun berpuluh aduan telah dibuat kepada pihak polis dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“MBI mengambil masa dua hari untuk bersihkan rumahnya beberapa tahun lalu, tetapi dia tetap kembali kutip sampah hinggakan jam 2.30 pagi dia akan kayuh basikal untuk bawa balik sampah,” katanya.


Netizen kasihan dan minta agar jiran tolong bersihkan rumah wanita itu jika diizinkan

Antara komen daripada netizen di Facebook:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: