seismik

[MAHKAMAH] Langgar Kontrak, Amelia Henderson Diarah Bayar RM213,000 Kepada Dato A. Aida

Ia berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Cover image via @ameliath (Instagram) & @a_aidaproduction (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam mana-mana syarikat produksi, sudah tentu ada terma dan syarat akan dikenakan untuk setiap pelakon yang terlibat dalam sesi penggambaran

Jika pelakon tersebut melanggar sebarang kontrak yang telah ditetapkan, maka pihak produksi ada hak untuk mengenakan tindakan selanjutnya.

Baru-baru ini, Syarikat A.Aida Production Sdn. Bhd. telah menang saman terhadap pelakon, Amelia Henderson ikutan isu pelanggaran kontrak bagi sebuah drama tahun lalu.

Image via Iluminasi

Langgar terma-terma dalam kontrak secara jelas, Amelia diarah bayar saman berjumlah RM213,000 kepada Dato A. Aida

Menurut Kosmo!, Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas mendapati Amelia selaku defendan dalam saman itu secara jelas telah melanggar beberapa terma kontrak dalam filem Sekali Lagi Cinta Kembali.

Semasa perbicaraan seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A.Aida Production Sdn. Bhd. terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Untuk rekod sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, 53, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Walau bagaimanapun, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson tetap menafikan dakwaan tersebut.

Image via Hot FM

Terdahulu, Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: